Monday, January 31, 2011

pelajar (kaya + mencuri = xberdisiplin)


gambar di ambil di sebuah sekolah menegah.
menurut seorang guru di situ,
sekolah ini merupakan sekolah anak2 orang berada.
buktinya: rumah di kawasan perumahan itu memang mahal.
kire kalau x berduit, memang agak susah nak tinggal di situ.
ok, tapi mungkin ada pelajar daripada luar kawasan.

isu nye sekarang,
nampak x bulatan merah yang aku wat dalam gambar tu?
ok.
mari kite zoom in!


boleh baca x?
240 tu bukan sikit ok~

dari sini kite boleh agak disiplin pelajar di situ kan?
ok,
mungkin bukanlah semuanya.
mungkin hanya segelintir.
tapi,
kerana nila setitik,
rosak susu sebelanga kan?

pesanan penaja: nama sekolah terpaksa dirahsiakan.

pesanan tidak berpenaja: aku pelik kenape la botol2 air tu diletakkan kat tempat yang pelajar lalu-lalang tapi x dapat diperhatikan guru2? letak la kat bilik guru ke, kawasan lapang ke, boleh jugak dipantau~

Friday, January 28, 2011

the kaaaawaaiiiii Domo Kun~



first time aku tgk makhluk nie kat laptop dia.
jadi asal nampak makhluk nie je teringat dia.
aku pun belikan la patung makhluk nie sebagai hadiah birthday dia.
sehinggalah satu hari aku nampak makhluk nie kat header blog naz (skang da x de da).
terima kasih pada cik naz kite,
aku pun dapat la tahu nama makhluk nie:
DOMO KUN!
bermula dari situ aku mula suka dengan makhluk nie~
aku pun mula la mencari wallpaper domo kun.
housemate domo kun


bagi aku dia sgt comel okeh!


domo kun merupakan  maskot rangkaian televisyem NHK Jepun yang muncul dalam beberapa sketsa animasi gerak henti 30 saat yang berfungsi sebagai pengenalan rancangan.
domo kun adalah seekor makhluk aneh yang menetas dari sebiji telur.
kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal c domo nie, google je~

Tuesday, January 25, 2011

tak mungkin kerana sayang~

Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba2
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti