Showing posts with label UMT life. Show all posts
Showing posts with label UMT life. Show all posts

Monday, November 26, 2012

myConvocation

macam biasa lah,
lepas konvo,
semua orang pun cerita pasal konvo.
my story.... nothing much to tell..
sama je macam orang lain punye konvo~
pictures?
pun tak lah banyak mana~
but people will keep asking,
"mana gambar konvo?"
so,
here goes....
Dewan Sultan Mizan, UMT
on screen
"abah2!!! ilam kat sini la!!" sambil lambai2 kat abah yang tengah ambil gambar dari atas
akhirnya abah jumpa ilam :)

adik muke penat~
malam sebelum - adik try jubah konvo

tq abah, tq umi, tq my ex-roomates, ira & nia, tq my cousins, along & angoh!
** Jubah UMT warna ungu ye~ tapi dalam gambar semua nampak macam biru~

Thursday, December 29, 2011

Its been a long time~

I've been away for some time now~
Busy finishing my final year project.
Although i did not manage to complete my system,
I guess it end up pretty well
as my name is on the required-to-submit-the-thesis list.
I am hoping for an A (who is not?),
but maybe its hard now.
Well, we have to wait and see~
There might be a miracle later~

So now,
I'm giving my best to complete my thesis
and hoping it will be enough to cover the shortfall in my last presentation.
This is a very critical semester for me,
as its going to be the last,
and my pointer depends 100% on my final year project grade.
Please pray for my success :)

T-ara - Apple is A

Thursday, December 8, 2011

counting days to my FYP presentation~

ignore my bad handwriting~
2 weeks left!
& im not ready yet~
its not exactly 2 weeks,
the presentation is on the 26th.
but im going back to campus earlier.
im going to present it in front of my supervisor first on 22nd~
please pray for my success,
my pointer for this sem,
depends 100% on this~

*just thinking about this makes me shiver~

Thursday, October 27, 2011

Rumah Universiti UMT

untuk final year projek aku,
aku memerlukan beberapa keping gambar rumah universiti UMT.
walaupun bukanlah wajib ada,
tetapi membantu jika ade.
maka aku pun search la kat google image,
langsung tak jumpe~
tak seperti kalau aku search DSM, canselori dan sebagainya~
akhirnya aku mengambil keputusan untuk snap gambar tu sendiri~
jadi aku publishkan gambar bilik-bilik dalam rumah universiti itu kat sini,
dengan niat ingin membantu sesiapa yang memerlukan gambar-gambar ini akan datang.
gambar tak cantik pun,
snap pakai kamera handphone je~
rumah universiti UMT - reception counter

rumah universiti UMT - ruang menunggu

rumah universiti UMT - ruang tamu

rumah universiti UMT - ruang tamu

rumah universiti UMT - bilik standard

rumah universiti UMT - bilik standard

rumah universiti UMT - bilik standard tanpa bilik air

rumah universiti UMT - bilik standard tanpa bilik air

rumah universiti UMT - bilik suite
rumah universiti UMT - bilik suite
*gambar bilik air pun nk ke? ;p

Tuesday, October 4, 2011

Monday, September 26, 2011

Buku kos Software Engineering untuk dijual

kepada junior2 SE yang berminat ingin membeli buku di bawah:

System Analysis & Design (2nd Edition)
Writer: Marakas
Publisher: McGraw Hill


System Analysis & Design An Object Oriented Approach (3rd Edition)
Writers: Dennis, Wixom Tegarden
Publisher: Wiley


Operating System Concepts (8th Edition)
Writers: Silberchatz, Galvin, Gagne
Publisher: Wiley

Data Structure A Pseudocode Approach with C++
Writers: Gilberg, Forouzan
Publisher: Thompson Learning

Managing Information Technology Projects (6th Edition)
Writer: Schwalbe
Publisher: Cengage Learning

Understanding Computer Today & Tomorrow (11th Edition)
Writers: Morley, Parker
Publisher: Thompson Learning

Data Communication & Networking (4th Edition)
Writer: Forouzan
Publisher: McGraw Hill







sila mesej di inbox facebook jika berminat~
harga boleh dirunding~
terima kasih~

Tuesday, September 13, 2011

beratnya hati nak balik UMT~

semester baru da start.
untuk aku, nie adalah sem ke 7.
tapi disebabkan aku xde mood nak balik UMT,
aku pun beli tiket bertarikh minggu depan.
malas nak balik UMT awal2~

antara sebab2 aku malas balik UMT:

1. SISTEM X SIAP LAGI!!!

supervisor aku da warning awal2 bukak sem dia nak tengok sistem yang da siap~

2. elaun biasiswa mungkin x dapat


3. xdapat asrama.
menumpang bilik kawan dulu la nampaknye sebelum dapat bilik tetap~

4. barang-barang yang disimpan dalam stor hilang.
ex-roomate aku cakap, dia x dapat cari baldi, ampaian & kotak buku aku.

5. kawan2 satu kos akan bergraduat bulan 10 nanti.


*semua nie buat aku rasa lagi malas nak balik UMT. harap dapat tenangkan fikiran sebelum balik UMT nanti~

Thursday, July 28, 2011

Hari terakhir praktikal~

Akhirnya.
sampai jugak pada hari terakhir praktikal aku di Orogenic Geosolution nie~
aku ingat nak masukkan gambar bos & staf department CORE nie,
tapi malangnya,
hari terakhir aku nie,
mereka semua pergi bengkel kat seremban~

semalam pulak,
tibe2, bos aku demam,
xmasuk ofis,
sorang lagi staf plak pergi meeting kat KLCC dr pagi sampai la petang.
jadi aku cuma dapat bergambar dengan staf sorang nie je - kak zetty.
kak zetty la yg jaga aku slama aku kat Orogenic nie~

walaupun sekejap,
tapi banyak pengalaman yang aku dapat.
will miss this place :)

**nanti la masukkan gambar~

Monday, July 4, 2011

macam budak-budak

aku pergi praktikal bawak handbag ni:
adik aku bg hadiah
disebabkan dompet aku lagi panjang dari handbag,
maka dompet tu terkeluar sikit dari handbag (boleh bayangkan x?)
aku x rasa macam ada yang xkena pun walaupun dompet terkeluar.
tapi satu hari,
staf yang baik dengan aku kat sini,
cakap yang handbag aku nie macam budak-budak.

waktu tu baru aku sedar.
yela.
macam x padan langsung dengan status orang da bekerja.
lain la kalau aku nak keluar hangout dengan kawan,
sesuai la jugak.
da la kembung (sebab isi banyak barang).
handbag nie kecik je.
dompet terkeluar pulak tu.
macam x kene je.
*amna, bukan ilham x suke taw hadia kau nie, cuma x sesuai bawak kerja*


Jadi semalam aku pun pergilah cari handbag baru.
maka aku jumpa ini:

mula-mula aku nak beli warna aku, PURPLE.
tapi purple nye terang sangat.
nampak macam beg mainan untuk kanak-kanak.
nanti aku malu pulak nak guna.
jadi akhirnya aku buat keputusan beli warna kelabu.
ok la kan?

aku pun dengan semangat baru datang ofis hari nie.
bile staf tu nampak handbag aku,
dia cakap:
MACAM BUDAK-BUDAK




**tapi sebenarnya aku x kisah pun. aku lagi suka ada la orang cakap aku macam budak-budak

Wednesday, June 29, 2011

Thursday, June 9, 2011

tak nak jadi programmer

Knowing what kind of programmer you are

Lepas baca link di atas,
aku mendapati yang aku x dpt jawab pun mana2 soalan yang diberikan.

aku menulis entri ini sewaktu kepala sedang sakit sebab xdpt wat coding.
dan waktu ini,
perasaan aku:
aku xnak jadi programmer.
xnak.
sakit kepala pikir kod.

siapa kata coding x sronok?
seronok.
betul, x tipu.
lagi2 bila kita da dapat wat apa yg kita nak.
rasa nak melompat tinggi2!!
dan bila org puji kita,
rasa macam,
wah, bez giler wat coding, nak buat lagi lah!!

tapi...
bila xdpt wat ape yg kite nak,
dan semua result dlm google search kita da tekan,
menyebabkan semua link jadi warna purple dari asalnye warna biru,
macam nie ha:

dan masih x jumpe ape yg kite nak,
rasa macam nak baling je laptop nie!!

dan bila esok kita nak sambung kerja kite,
kita akan termenung dan berkata:
ape lagi aku nak buat hari nie?
cane lagi nak buat benda alah nie?
dan akhirnya kita akan mengadap balik encik google,
dan membaca kembali page2 yang sama kite da baca semalam.

oh,
dan itulah sebenarnya,
bagaimana hari2 aku di praktikal ini dipenuhi~

Monday, June 6, 2011

eureka!! with Obout

tugasan pertama yg sv industri aku bagi,
selesai!
walaupun aku mengambil masa LEBIH dari yang sepatutnya.
ya.
lebih BANYAK.
sv beri masa seminggu.
dan aku menyiapkannya dalam masa 3 minggu.

banyak yang aku belajar sepanjang membuat tugasan.
sebab aku perlu explore sendiri.
yang menariknya,
semua maklumat ada di internet.
yup. semua.
cuma perlukan kemahiran mencari menggunakan kata kunci yang tepat je.
(sebelum nie x rajin explore, jadi tataw yang internet nie sgt berguna.)

aku menggunakan ASP.Net, C# dan visual studio.
untuk tugasan yang diberikan,
aku perlu menggunakan Ajax.
tapi,
setelah aku baca dan baca, dan baca lagi,
aku masih x berjaya menggunakan Ajax.
da install pun macam x install.
aku pun xtahu ape yg xkene.

tibe2, aku jumpe satu toolkit yang sgt menarik.
khas untuk ASP.Net.
OBOUT.
Klik: Obout Inc Home


canggih~
aku nak explain pun xberapa nak reti.


tapi,
betul la cakap sv aku.
kadang2,
sesuatu tools tu nampak macam akan memudahkan kerja kita.
tapi sebenarnya mungkin akan lebih menyusahkan.
mula2 aku nak menggunakan obout,
agak leceh kerana x tahu bagaimana untuk mengendalikan sesuatu tool nye.
bila ada error,
tak tahu kat mana nak betulkan.
tapi aku rasa obout memang memudahkan kerja aku
lepas aku da reti guna la.

Sekarang, aku perlu explore SharePoint 2010 pulak~
kalau aku faham,
aku cerita la nanti~

Sunday, May 22, 2011

nak cerita ape pn tentang LI?

waktu senior2 aku praktikal dulu,
aku selalu mengharapkan diorang update blog dengan pengalaman praktikal diorang.
sebab aku nak tahu jugak ape yang diorang buat.

tapi sekarang,
bila aku praktikal,
aku pun x tahu nak cerita pasal ape.

aku praktikal di Orogenic Geosolution Sdn. Bhd.
Bukit Jelutong, Shah Alam.
bahagian C.O.R.E. (aku pun x pasti nama panjang nye).

minggu pertama,
SV aku beri tugas untuk memasukkan auto-suggest dan tekan Enter,
kat bahagian Search dalam phone directory ORSB.
tapi dalam masa seminggu,
aku x berjaya siapkan kerja nie.
mungkin sebab baru nak explore apa tu
ASP.Net,
C#,
dan Visual Studio 2010.

sekarang,
sudah habis minggu kedua,
tapi aku masih xsiapkan lagi.


keluar rumah pagi2 pukul 6.
aku tumpang mak aku otw mak aku p sekolah.
jadi aku sampai ofis pukul7,
1 jam stgh awal dari ofis hour.
balik pukul 5.30.
balik rumah,
aku pengsan.
hari minggu rasa sekejap sangat!

tapi sejak bekerja,
walaupun baru 2 minggu,
aku da rasa xnak balik UMT.
xsabar nak habis study~

Monday, May 9, 2011

hari pertama praktikal

tajuk macam karangan sekolah rendah ye semua.

ok.
sebelum aku sampai ofis nie,
berdebarnya hanya tuhan yang tahu.
ofis mula pukul 8.
aku sampai pukul 6.30.
awal kan?
aku terpaksa ikut timing mak aku p sekolah.

pukul 9 ada sorang kakak comel datang bawak aku p jumpa SV aku.
En Asrul.
Kakak comel tu pulak, kak zetty.
sorang lg staff dlm department IT nie,
abang shah.

hari pertama nie,
aku x dpt pape keje lg.
duk melangok pikir cane nak start wat sistem.

ape2 hal pun,
aku agak lega sebab staf2 kat sini friendly.
kak zetty sgt prihatin untuk bawak aku kuar beli makanan untuk lunch,
sedangkan dia da pun bawak bekal.

esok,
aku pun nak bawak bekal jugak la~~

ps: satu benda yg aku dpt tahu tentang kerja disini - no hand writing document. semua kene taip. so borang2 LI yang fakulti bg tu, semua aku kene convert to doc n baru ec. even my SV punye signature pun digitally signed~ agak2 nye aku punye buku log pun kene taip x?

Tuesday, April 26, 2011

HOMESICK


paling lama aku xbalik rumah - 2 bulan.
tapi sekarang,
da nak masuk 3 bulan.

AKU BETUL2 RASA NAK BALIK SEKARANG JUGAK!

tp tengah final exam skang nie.
selalunya bila da paper terakhir baru aku xde mood nk study sebab pikir nak balik je.
tapi nie aku ada lg 2 paper.
ade lg sminggu bru habis.

tolong la~~
cane aku nak buat nie~
cane nk study nie..
xsbar nak balik nie..
tiket ade da~~

kuatkan semangat ilham.
xlama pun lagi.
lepas nie cuti 4 bulan stgh.
rehat puas2!!!
fokus exam!

Sunday, April 17, 2011

setiap yang berlaku, mesti ada hikmahnya

keputusan fyp2 @ pita2 da keluar.
bilangan nama yang xlulus,
agak besar.

extend.
sedih.
setiap yang berlaku,
mesti ada sebab kn?
ada yang lebih baik akan berlaku.
percayalah.
bergraduat awal x menjanjikan apa2~

mereka berkata:
"cakap senang la, cuba ko duk tempat aku~".


siapa x faham?
aku hadapinya dulu sebelum kamu semua.
aku faham.
kamu semua mula pita1,
aku x.
kamu semua mula pita2,
aku baru pita1.

dulu,
aku pun mcm kamu semua.
menangis.
sedih.
sekarang pun masih ada lagi perasaan tu.

kuat ok?
rezeki masing2 lain2.
kita jatuh sekarang.
moga masa depan kita lebih kuat untuk hadapi ujian lain.

Tuesday, March 15, 2011

tips nak dapat asrama

minggu ni adalah minggu untuk mengisi borang permohonan asrama.
selama 3 tahun aku duk kat UMT nie,
aku xpernah duk luar.
kenapa?
sebab utama:
aku xde transport.
kaki nie je la satu2 nye cara untuk aku p kampus.
aku pun nak mohon asrama jugak untuk sem depan.
(kos IT 4 tahun??? jgn banyak tanya ;p )

macam mana aku dapat asrama selama 2 tahun nie?
xtermasuk 1st year sebab mmg semua pelajar dapat asrama
ok,
aku mohon bawah kebudayaan.
mungkin tu salah satu sebab kenapa dapat kot.
orang kata kebudayaan senang dapat, tataw la betol ke x, coz ade je junior2 aku yg xdpt.
Tapi kunci utama sebenarnye:
kene aktif.
xkira lah aktif kelab ke,
aktiviti asrama ke,
yang penting borang penuh dengan aktiviti.

1st year, aku memang aktif.
tapi 2nd year, tak!
sikit sangat aktiviti aku.
xlebih 10 pun rasanye~
macam mana aku dapat lak kan?

nie tips yang ex-roomate aku bagi.
*isi je aktiviti2 dari tahun 1 walaupun waktu tu kita mohon untuk tahun 3 (patutnya isi tahun 2 punye aktiviti je la kan? bedal je~ sertakan semua sijil dari tahun 1 selalunya pelajar memang aktif kat 1st year)
ok,
*untuk pelajar tahun akhir pulak,
anda boleh buat surat rayuan siap2 (nampak gaya aku akn guna lg taktik nie).
bagi lah sebab2 seperti:
-perlu selalu pergi lab/perlu selalu jumpa SV untuk FYP,
& xde transport.
-perlu selalu pergi library untuk dapatkan rujukan FYP nie memang tipu r~
-perlu menggunakan UMT hotspot untuk mencari rujukan konon laju plak kan~ & konon duit PTPTN memang x cukup nak buat bayar broadband~
-aktiviti kelab/kelas selalu diadakan pada malam hari~
Surat rayuan mestilah surat rasmi dan alamat penerima letak alamat pejabat kolej kediaman.
Surat tu mesti dapat sokongan pensyarah (kalau boleh pembimbing siswa korang kenal x sape pembimbing siswa korang? & disahkan oleh ketua jabatan)
*untuk aktiviti yang xde sticker/sijil (selalunya aktiviti2 kecil dalam ahli kelab je), mintak penasihat cop & tanda tangan jangan x tulis. janji penuh~

tapi ini semua hanya usaha yang kita boleh lakukan.
rezeki di tangan tuhan.
lepas usaha, kita doa, & kemudian tawakal.
semoga sesiapa yang mohon tu dapat ye~

ps: aku pun harap sangat aku dapat. da la da xde kawan2 da kat luar tu. semua nye nak grad da sem nie~

Monday, February 14, 2011

FYP oh PITA, PITA oh FYP~

sem ini aku baru mengambil subjek Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA) 1 - proposal.
xseperti kawan2 seperjuangan aku yang lain yang telah pun mengambil PITA 2 - pembangunan sistem.
abaikan itu.
masalah sebenar aku sekarang bukan kerana aku lambat daripada mereka.
tetapi sebab aku lambat dari kawan2 yang senasib dgn aku.
mereka yang sama2 seperti aku mengambil PITA 1 sem ini,
masing2 telahpun mendapat tajuk mereka.
aku?

ok,
begini al-kisahnya:
pada perjumpaan pertama dengan supervisor(SV),
kami semua telah pun mendapat tajuk masing2.
aku dgn eja, dpt pengguna yg sama (di mana user tersebut dgn sendiri nya propose tajuk kami).
kami berjumpa dgn user tersebut pada esok hari nya,
dan mendapati tajuk kami macam "x confirm".
minggu berikutnya,
sebaik sahaja kami berdua ingin menghadiri perjumpaan bersama SV,
kami mendapat panggilan drpd user kami.
USER TARIK DIRI

so, aku dpt tajuk lain.
tp bile aku p jumpe user kat HEPA.
SISTEM TU DA ADA

then, org kat HEPA tu suggest aku tajuk lain yg dorg nak wat.
so user aku bertukar lg.
tp user baru tu x confirm dia boleh bg tajuk tu kat aku.
dia kata nanti dia call aku balik,
tapi,
SAMPAI SKANG DIA X CALL2

aku pun p la ikut eja cari tajuk kat PPH.
eja da dpt tajuk.
aku baru je jumpe PA user aku semalam.
cik tu kata,
kalo jadi nnt dia call aku.

ya Allah,
tolong la aku.
da separuh sem berjalan,
dan aku mungkin da jauh ketinggalan.
tinggal lg sbulan je seblum aku kene hantar draf.
aku buntu.
aku risau.
aku takut.
aku hampir mengalah.
tolong la aku ya Allah~

tuhan sentiasa bersama hambanya yg sabar~

Friday, December 31, 2010

happy new year?

ini bukan entry happy new year sebagaimana yang dinyatakan oleh tajuk di atas.
bagi aku 1 january sama je mcm hari2 lain.
aku xrasa mcm ade ape2 perbezaan pun.
xpernah pasang azam, dan x pernah wish "happy new year" pada sesiapa.
aku hanya akan psg azam bile contohnye,
masuk sem baru ke,
mulakan pengajian kat tempat baru ke.
ckp psl sem baru,
aku giler bersemangat nak mulakan sem 6 nie.
selepas aku mengalami kejatuhan yang teruk untuk tahun kedua di UMT,
sem ke 5 memulihkan semangat aku dgn result yg  mana, alhamdulillah, boleh menarik nafas lega.
kalau orang lain tgk result aku,
bagi dorg, mungkin x bagus mana pun.
ya, aku pun mengaku, result aku x ckup bagus utk dibanggakan.
*xbermakna jika result aku bagus aku akan bangga diri - xelok taw riak~*
tapi, lepas la target aku utk sem lepas - mengekalkan biasiswa utk sem depan. :)
aku x boleh berpuas hati lagi sekarang.
sebabnye, bila aku berpuas hati,
aku akan berada di zon selese.
zon selese boleh meyebabkan aku jatuh kembali seperti yang berlaku pada tahun kedua.
yup, aku mmg selese pada tahun kedua kerana pencapaian pada tahun pertama aku.
nampaknya aku perlu belajar dari kesilapan :)

selamat memulakan sem 6 rakan seperjuangan sekalian!!

Saturday, December 4, 2010

cuti semester! akhirnya!

sebelum balik rumah nie,
kat hostel 6 hari blok aku xde air.
jadi mmg xsabar gler la nk balik.
terseksa!
exam paper terakhir habis pukul 5,
malam tu jugak aku balik rumah~
cuti sebulan je,
tapi syukurla~~
happy holiday kawan2 semua :)