Tuesday, February 28, 2012

Saya seorang cikgu?

Hari ini saya telah memenuhi hari saya dengan mewarna.
Saya mewarnakan gambar-gambar epal yang mempunyai nombor 1-9,
dan mewarnakan gambar rumah-rumah kecil.
Kenapa?
Ini merupakan bahan bantu mengajar yang telah diberikan kepada saya.
Dengan gembiranya saya ingin memaklumkan,
saya telah diterima menjadi guru ganti di Sek Keb Puncak Alam 3 :)

Pada mulanya saya dimaklumkan bahawa akan menjadi guru matematik darjah 1.
Tetapi setelah berjumpa dengan guru berkenaan,
ini merupakan subjek yang bakal saya ajar nanti:
- Matematik Tahun 1 & 3
- Jasmani Tahun 1
- Seni Tahun 2 & 4
- Sivik tahun 5
- Kajian Tempatan Tahun 6

Saya cuma kurang yakin dengan sivik dan kajian tempatan.
Saya tidak sabar untuk masuk bertugas pada 1 Mac nanti.
Sudah bosan duduk di rumah sementara menunggu surat dari UMT.

5 comments:

Jue Juenne said...

Kajian tempatan? waa, best tu.. btw, gud luck dear. Wishing u all the best!

idea semulajadi said...

ko je plik ckp KT bez~ xsuke3!
hehe~ tq yg~~

myra yusreena said...

wahh bestnyee..tahniah2!! :D

idea semulajadi said...

myra: tq :)

Amna Shark said...

selamat pagi cikgu~