Friday, March 9, 2012

Roti Paratha ala-ala Hot & Roll

sumber
Siapa suka makan Hot & Roll Paratha?
Saya paling suka Paratha Double Cheese Onion.
Pernah sekali cuba Double Cheese Onion dengan Crispy Wrap,
tapi tak sesuai la sebab Crispy Wrap manis~

sumber
Entry kali ini,
saya ingin berkongsi cara-cara roti paratha yang saya buat,
ala-ala Hot & Roll.

Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Roti paratha segera
2. Cheddar
3. Bawang besar (dicincang)
4. Ayam kisar (yang telah dimasak - tumis dengan bawang kisar dan dimasukkan perisa seperti garam, lada hitam, oregano/serbuk kari secukup rasa)

Cara-cara membuatnya:
1. Cairkan butter dalam kuali.

2. Letakkan roti parathadi dalam kuali itu.


3. Sapu butter pada permukaan atas roti.

4. Terbalikkan roti apabila sebelah belakang sudah garing. Kecilkan api.

5. Letakkan ayam kisar dan bawang cincang di sebelah bahagian roti sahaja.

6. Koyakkan cheddar dan letak di sebelah bahagian lagi. Besarkan kembali api.

7. Selepas bahagian belakang telah garing, lipatkan roti kepada dua.

8. Tadaa! dah siap! Saya potong kepada dua bahagian supaya mudah dimakan~
*Cheddar kalau digantikan dengan mozarella, lebih sedap~
*Sedap dimakan panas-panas.
*Selamat mencuba :)

2 comments:

♛ Kerani Sekolah ♛ said...

mcm sedap je..leh la buat nnti..kalo gnti dgn sardin sedap x..hihihk


psstt,ilham,ko xyah le letak word verification ni..mkin lama mkin susah blogger letak,putar belit aku tgk..=.="

idea semulajadi said...

sedap~ ko isi je pape pon~ kalo hot n roll tu, chocolate dgn pisang pun ade~ huhu~

err~ nnt aku buang ea~ haha~