Thursday, August 30, 2012

my first korean food!

Memang teringin sangat nak rasa macam mana rasa makanan Korea nie~
Jadi setelah lama merancang dengan adik-adik dan sepupu-sepupu,
kami akhirnya keluar hari ini untuk pergi restoran makanan Korea.

Kami telah pergi ke Street Cafe Subang SS15 berhadapan dengan kolaj Taylor's.
Disebabkan lupa nak ambil gambar depan kedai, ini ambil dari blog seperti link yang tertera pada gambar
Adik saya, Fathanah telah beberapa kali menjamu selera di sini.
Jadi kami datang ke sini pun sebab cadangan dia.

Mula-mula tengok menu,
masing-masing rambang mata sebab tak tahu nak cuba yang mana.
Mana nak tahu mana yang sedap.

Main stack sementara menunggu makanan sampai
Makanan sampai!!! Jom makan!!
(Along & Amna tak reti duduk diam)
Mine. Memang sebelum datang lagi niat nak makan ddukbokki nie~
Rasa seperti yang dijankakan. Cuma tak sangka rice cake nya seliat itu. Overall - boleh lah~
Angoh makan launchbox daging
Tonah makan launchbox ayam
Ayam & daging BBQ nya memang terbaek~~
Along makan set Robokki (ada kimchi + kimbap)
Robokki = Ramen + Ddukbokki, jadi macam makan ramen dengan kuah ddubokki
Kimbap paling best antara semua~
Kimchi - boleh telan la~
Amna pula makan ramen
Mee Maggy versi liat sikit
Angoh cakap dia order air berani mati (sebab nama pelik & tak ada gambar)

Masa untuk menconteng dinding!
mine
Angoh's
Along's
Amna's (sangat besar dia tulis ok~)
Selepas selesai makan,
kami pergi ke UPM untuk melawat Nasuha yang tak dapat join sebab ada program.

Amna, Tonah & Nasuha
Disebabkan kimbap paling sedap, Along beli untuk bawa ke Nasuha, & saya beli untu bawa balik ke  adik kecik di rumah~ tapi akhirnya, saya jugak yang makan ;p
We have great meals and great moments!

*Mungkin datang lagi untuk kimbap!

4 comments:

Aya Aris said...

wahh..mcm sdap je..nnti nak try jugak lah..one fine day..=)

p/s: salam singgah dari ahli KBU...=)

idea semulajadi said...

sila2~ kedai yang kami pergi nie halal~

Lo Lol said...

Kimbap tu mcm menarik hati je...^^

idea semulajadi said...

sedap weyh mcm lemang kurang santan~ hehe~