Tuesday, August 7, 2012

Rezeki Ramadhan - Politeknik Mukah

Tiba-tiba adik aku mengejutkan aku daripada tidur,
sambil menghulurkan surat dan menggesa aku supaya membuka surat tu cepat-cepat.

Perkataan pertama yang aku nampak pada surat ialah
"Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia"
Hati aku da berdebar-debar.

Scroll down lagi,
"Arahan melapor diri bertugas......"
Hati nie sudah mula mengucapkan syukur.

Scroll down lagi,
"Tarikh : 12 September 2012"
Hati ini memang da rasa nak melompat-lompat!

Scroll down lagi,
"Politeknik Mukah"
Mukah?
Maka aku terus menghabiskan membaca alamat poli berkenaan,
"SARAWAK"

Sarawak?
Hati ini sudah bercapur baur perasaannya.
Suka? Alhamdulillah dapat kerja.
Tak suka? Kenapa jauh sangat.

Maka setelah berhempas pulas dengan perasaan sendiri,
dan setelah berbual dan berbincang dengan beberapa orang kawan rapat.
Aku akhirnya boleh lega dan rasa bersyukur sepenuhnya.
Ini adalah rezeki.

search je poli mukah kat google image tu, banyak gambar ini je keluar
besar jugak poli nie~
Terima kasih Allah :)

4 comments:

Iylia Syazwanie said...

Wah!! Tahniah kak! Jauhnya Sarawak. Tapi tak kesahla, rezeki kan? :D

idea semulajadi said...

tq iylia :)
insyaallah ada hikmahnye~
bley kutip pengalaman~

Lo Lol said...

stay +ve dear. HE knows the best for you. In sya ALLAH. Yakin je okeh!^^

idea semulajadi said...

tq dear~
ya, aku pun berpegang dgn He knows the best jugak~
insyaallah i will survive! hahaha~