Friday, March 30, 2012

Thursday, March 29, 2012

What should i do with the kids?

Setiap kali sebelum saya masuk kelas darjah 1,
saya akan berasa sedikit berat hati.
Kenapa?
Kerana saya selalunya akan keluar dari kelas dengan rasa kecewa pada diri sendiri.

Susahnya mengawal mereka.
sumber
Kalau pada murid darjah 6 yang tak mahu dengar cakap,
saya tak rasa kecewa,
kerana bagi saya mereka dah besar,
dan sebenarnya mereka tahu mana betul mana salah,
cuma kurang disiplin menyebabkan mereka begitu.

Tetapi untuk murid darjah 1,
saya rasa bertanggungjawab untuk membentuk disiplin mereka.
Lagi-lagi saya mengajar mereka matematik,
subjek yang sangat penting dan perlu untuk mereka faham.

Banyak tips yang saya dapat dari guru-guru lain seperti
menghadiahkan gula-gula atau duit pada akhir kelas kepada sesiapa yang paling baik pada hari itu,
kerap memuji mereka apabila mereka lakukan sesuatu yang baik dan suruh kawan-kawan mereka tepuk tangan untuk itu.
Dan saya juga ada terbaca di internet untuk menenangkan murid-murid apabila mereka sudah bosan
dengan suruh mereka berdiri dan melakukan senaman ringan.
saya akan mula mencuba semua tips-tips yang diberi ini.

Setiap hari saya akan memikirkan bagaimana cara yang paling menarik untuk menyampaikan pelajaran.
Esok saya mempunyai 5 masa=2 jam setengah bersama darjah 1.
Saya akan cuba yang terbaik!

Monday, March 26, 2012

Seronoknya menjadi cikgu (buat masa ini)

Hampir 3 minggu saya menjadi guru di sekolah rendah.
Bagi saya kerja ini menyeronokkan.
Walaupun sedikit penat melayan kerenah murid-murid yang berbagai ragam lebih-lebih lagi murid darjah 1.
Lebih penat dengan kerja-kerja selain daripada mengajar.
Tapi bak kata adik saya,
kerja pertama kita,
kita beri komitmen sepenuhnya,
sebab tu kita rasa seronok.

Ada beberapa kerenah murid yang saya jumpa,
kadang-kadang sakit jiwa jugak nak layan,
tetapi bila fikir-fikir balik,
melucukan jugak~

Saya ajar PJ darjah 1.
Jadi satu hari ni saya suruh mereka berlari mengelilingi gelanggang.
Lepas da lari satu pusingan,
ada seorang murid perempuan datang kepada saya dan berkata,
"Cikgu, saya tak nak lari la, nanti berpeluh~"
Bukan ke itu motifnya PJ ini?






Waktu matematik pulak,
juga untuk darjah 1,
ada seorang murid lelaki ni memang suka bising dalam kelas.
Tegur la berapa kali pun dia hanya akan diam 5 minit je.
Tapi perkara yang tak boleh saya lupakan ialah,
dia siap boleh berdiri atas meja dan menyayi lagu nasyid.
Ya, saya sedang mengajar di depan.

Saya suka waktu pendidikan seni.
Saya mengajar seni darjah 4.
Dan mereka semua bersungguh-sungguh menyiapkan kerja dengan seronok.
Sehinggakan bila loceng rehat telah berbunyi,
mereka masih di meja membuat seni dan saya perlu menyuruh mereka keluar rehat berkali-kali.
Nanti saya nak ambil gambar hasil kerja mereka ketika di dalam kelas.

Saya harap perasaan seronok ini saya mampu pertahankan sehingga habis tempoh menjadi guru ganti ni~

Friday, March 9, 2012

Roti Paratha ala-ala Hot & Roll

sumber
Siapa suka makan Hot & Roll Paratha?
Saya paling suka Paratha Double Cheese Onion.
Pernah sekali cuba Double Cheese Onion dengan Crispy Wrap,
tapi tak sesuai la sebab Crispy Wrap manis~

sumber
Entry kali ini,
saya ingin berkongsi cara-cara roti paratha yang saya buat,
ala-ala Hot & Roll.

Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Roti paratha segera
2. Cheddar
3. Bawang besar (dicincang)
4. Ayam kisar (yang telah dimasak - tumis dengan bawang kisar dan dimasukkan perisa seperti garam, lada hitam, oregano/serbuk kari secukup rasa)

Cara-cara membuatnya:
1. Cairkan butter dalam kuali.

2. Letakkan roti parathadi dalam kuali itu.


3. Sapu butter pada permukaan atas roti.

4. Terbalikkan roti apabila sebelah belakang sudah garing. Kecilkan api.

5. Letakkan ayam kisar dan bawang cincang di sebelah bahagian roti sahaja.

6. Koyakkan cheddar dan letak di sebelah bahagian lagi. Besarkan kembali api.

7. Selepas bahagian belakang telah garing, lipatkan roti kepada dua.

8. Tadaa! dah siap! Saya potong kepada dua bahagian supaya mudah dimakan~
*Cheddar kalau digantikan dengan mozarella, lebih sedap~
*Sedap dimakan panas-panas.
*Selamat mencuba :)

Monday, March 5, 2012

Suara yang hilang selepas masuk hari ke-4~

Pada hari pertama mengajar,
saya telah masuk ke kelas darjah 6 dan darjah 5.
sangka saya,
suara saya sudah cukup kuat.
tetapi sangkaan saya salah.
Seorang daripada anak murid saya
merupakan kawan kepada adik bongsu saya di sekolah agama mereka.
Dia telah memberitahu adik saya bahawa suara saya perlahan.

Maka hari-hari berikutnya saya cuba untuk bersuara dengan lebih kuat.
Memandangkan hari-hari berikutnya saya masuk ke kelas darjah 1,
maka, suara kuat adalah perlu untuk mendpatkan perhatian mereka.

Hari ini merupakan hari ke-4 saya bertugas
dan saya telah pun kehilangan suara.