Sunday, September 29, 2013

Kisah di ATM

Suatu hari saya pergi ke bank,
ingin menggunakan ATM.
ada 3 mesin ATM,
dua daripadanya penuh,
panjang barisannya.
1 yang di hujung, kosong.
Terdetik dalam hati saya,
"mesti mesin itu out of service".
Maka saya pun beratur di barisan yang panjang itu.

Selepas seketika saya beratur,
saya menjeling ke arah mesin yang kosong itu.
Saya nampak slot kad nya berkelip2 warna hijau.
"kalau out of service bukan ke patut tak berkelip?"
Saya menoleh ke belakang saya, makin ramai.
Kalau saya pergi ke mesin kosong itu,
tiba-tiba memang betul mesin itu out of service,
mesti malu yang amat & kelihatan seperti orang bodoh!
lagipun saya sudah beratur lama,
kalau saya keluar daripada barisan,
saya perlu masuk balik di belakang,
sayanglah.
jadi saya pun mematikan keinginan saya untuk pergi mencuba mesin kosong itu.

Tiba-tiba, seorang pakcik daripada barisan sebelah,
keluar daripada barisan,
walaupun hanya tinggal 2 orang di hadapan beliau.
Beliau pergi ke mesin atm yang kosong itu,
dan memasukkan kad beliau.
Mata saya tertumpu pada pakcik itu.
Saya yakin, bukan hanya saya,
tetapi seluruh mata yang terdapat di bank itu memandang beliau.
Semua igin tahu, samada mesin itu berfungsi atau tidak.

Ya! pakck itu berjaya mengeluarkan duit beliau.
Pada saat itu, saya rasa seperti orang bodoh!
Saya rasa semua yang ada di situ juga rasa begitu.

Ini menunjukkan, masyarakat kita, terlalu mementingkan pandangan daripada orang lain.
Walaupun orang yang tak kenal siapa kita.
Semua takut untuk pergi ke mesin itu dan melihat samada ianya betul2 out of service atau tak.
Takut dinilai.
Semua hanya masuk ke barisan panjang tanpa soal.
Saya tabik spring la kat pakcik tu!

3 comments:

Jue Juenne said...

give it a try instead of waiting.
sbb tu better g berdua, klu jdk kes2 camni sorg leh beratur, sorg leh g try..hahaha, pandai x?

Anonymous said...

kan~ kalau berdua aku da suh member aku p tgk~ tp tu la~ aku sorg wktu tu~

wanz said...

kadang2 msin atm yg bkelip hijau tetap xle guna bkn sbb out of service tp msin atm habis duit..

salu tkena bila g kat atm yg xde org last2 kena gak beratur pnjg... xP