Monday, April 23, 2012

Denda dulu, denda sekarang

Siapa waktu sekolah dulu-dulu tak pernah kene denda?
Baiknya kamu!

Saya?
Banyak jenis denda saya pernah lalui~
Saya budak jahat ke dulu?
Selalunya saya kene denda sebab tak buat kerja sekolah la~
Sekolah rendah je tau,
naik sekolah menengah da jadi budak baik da ;p

Yang saya paling tak boleh lupa adalah,
sewaktu saya di darjah 4,
denda pergi ke kelas sebelah,
berjalan dari satu meja ke meja,
sambil menyebut,
"Saya berjanji akan menyiapkan kerja sekolah",
berulang-ulang.
Malu yang amat,
hanya tuhan yang tahu!
Bukan budak-budak kelas sebelah tu tak kenal saya~

Kedua, denda jalan itik.
Yang ini saya tak berapa nak ingat samada saya didenda atau tidak.
Tapi kene berjalan itik dari koridor depan kelas sampai ke koridor kelas seberang!

sumber
Darjah dua pula saya ada seorang ustaz yang garang,
kalau denda beliau mesti suruh berdiri atas kerusi,
dan beliau akan pulas pusat kita~
Sakit woo~~

sumber
Denda-denda lain yang biasa diberi atau lebih tepat lagi,
dilalui oleh saya adalah,
berdiri atas kerusi,
dan
rotan (ini waktu mengaji, salah tajwid dan bacaan sah hinggap satu rotan kat peha).

Ada jugak denda lain yang biasa dilihat tapi saya tak pernah kene la~
Macam tarik sideburn dan tarik telinga,
selalunya budak lelaki la yang kene,
da perempuan kebanyakkannya bertudung.
Ketuk ketampi pun selalu jugak diberi.

Walaupun dengan segala jenis denda ini diberi,
dulu tak pernah pulak dengar kes ibu bapa datang sekolah dan marah cikgu kerana mendenda anak mereka.
Sekarang saya siap diberi nasihat daripada guru lain,
supaya jangan mendenda murid.
Bimbang akan jadi satu kes.
Kini saya hanya boleh memarahi murid jika mereka melakukan kesalahan.
Paling berat pun saya hanya boleh ketuk pembaris dengan kuat pada meja mereka.
Gertak la kononnya.
sebab itulah murid sekarang berani lawan cikgu~
sumber

No comments: