Tuesday, February 28, 2012

Saya seorang cikgu?

Hari ini saya telah memenuhi hari saya dengan mewarna.
Saya mewarnakan gambar-gambar epal yang mempunyai nombor 1-9,
dan mewarnakan gambar rumah-rumah kecil.
Kenapa?
Ini merupakan bahan bantu mengajar yang telah diberikan kepada saya.
Dengan gembiranya saya ingin memaklumkan,
saya telah diterima menjadi guru ganti di Sek Keb Puncak Alam 3 :)

Pada mulanya saya dimaklumkan bahawa akan menjadi guru matematik darjah 1.
Tetapi setelah berjumpa dengan guru berkenaan,
ini merupakan subjek yang bakal saya ajar nanti:
- Matematik Tahun 1 & 3
- Jasmani Tahun 1
- Seni Tahun 2 & 4
- Sivik tahun 5
- Kajian Tempatan Tahun 6

Saya cuma kurang yakin dengan sivik dan kajian tempatan.
Saya tidak sabar untuk masuk bertugas pada 1 Mac nanti.
Sudah bosan duduk di rumah sementara menunggu surat dari UMT.

Wednesday, February 22, 2012

Miss A - Touch

The MV is sooo oh-some!
But i dont really get addicted to the song because its a ballad song and not catchy~
but the music after the "JYP" (and if you will notice, the music was played all the time as a background music),
is stuck in my head now!
and the dance for that music is sooo sharp~
i love Miss A!



Romanized Lyric:

dadhin nae gaseumeun
nu-gudo sarang-hal suga eopt-da
keureohke mideo-nneunde
eoneusae nae gaseumi yeolligo isseo
kudeun nae gaseumeun
tashineun seolle-il suga eopt-da
keureohke mideo-nneunde
neoreul bol ttae-mada nae gaseumi ttwiiyeo

You touch my heart baby (touch touch)
You touch my heart baby (touch touch)
budeureoun songillo nae ma-eumeul eorumanjyeo (touch)
You touch my heart baby (touch touch)
You touch my heart baby (touch touch)
nae ma-eumeul modu da da da kajyeo kasseo (touch)

sang-cheoreul jugido
badgido ije-neun cheongmal shirhda
keureohke mideo-nneunde
neowahneun waeh keureon ili eopseul keot kanni
gaseume sang-cheo-ga
na-euryeomyeon han-chami geollil keoda
keureohke mideo-nneunde
eoneusae nae-ga neoye pume ankyeoisseo

You touch my heart baby (touch touch)
You touch my heart baby (touch touch)
budeureoun songillo nae ma-eumeul eorumanjyeo (touch)
You touch my heart baby (touch touch)
You touch my heart baby (touch touch)
nae ma-eumeul modu da da da kajyeo kasseo (touch)

You touch my heart baby (touch touch)
You touch my heart baby (touch touch)
budeureoun songillo nae ma-eumeul eorumanjyeo (touch)
You touch my heart baby (touch touch)
You touch my heart baby (touch touch)
nae ma-eumeul modu da da da kajyeo kasseo (touch)

Saturday, February 18, 2012

Perspektif : Identiti & kraf warisan

Semalam,
saya pergi ke UiTM Puncak Alam bersama umi saya.
Untuk pergi ke Bank Islam sebenarnya,
itu yang terhampir.
*sumber*
Kami melalui satu roundabout yang berada di dalam kampus,
yang mempunyai 3 labu sayong gergasi di tengah-tengahnya.

*sumber*
Tiba-tiba umi saya berkata,
"Selangor ni tak ada identiti la, labu sayong ni Perak punya.
Macam juga kelab Shah Alam guna bumbung minangkabau, Negeri Sembilan."

*sumber*
Saya sungguh cemburu dengan umi dan adik saya Amna,
kerana mereka mempunyai semangat cintakan budaya dan adat Melayu yang sangat tinggi.
Mungkin kerana mereka berdua belajar seni halus,
dan mereka lebih mendalami perkara-perkara sebegini.

Sedangkan saya,
ketika umi menyatakan pandangan beliau,
saya membalasnya dengan,
"Tak apalah, apa salahnya?"
Sungguh saya tak faham nilai-nilai ini.

Sekarang, apa yang bermain di fikiran saya adalah,
"Apa kraf warisan negeri Selangor?"

Wednesday, February 15, 2012

Tuesday, February 14, 2012

Bubu kami yang gedik!

tido dalam bakul baju memang best kan~
tido bersama rakan-rakan spesies - lembu
cubaan masuk ke rumah melalui bumbung
macam mana nak turun tu? 
ini entry waktu bubu masih lagi kecil~

Sunday, February 5, 2012

Mahligai idea is now 2 years old!

Tahun lepas,
saya hanya teringat tentang birthday blog ini 3 hari selepas tarikh sebenar.
kali ini saya terlewat seminggu!

Bukanlah sesuatu yang penting,
tetapi saya cuma ingin melihat perubahan, pembaikan, kelainan dalam penulisan saya setiap tahun.
Jadi, ini merupakan entry pertama saya : Salam Permulaan
dan ini pula entry birthday pertama : Happy birthday to my blog!!!!
Ya, kita boleh nampak di situ ye perubahan yang telah berlaku terutama sekali dalam bahagian cara penulisan :)


Jadi selamat hari jadi yang kedua Mahligai Idea!!!

Jadi seperti tahun lepas,
saya akan buat statistik blog ini:
Entry: 170 termasuk yang ini.
Follower: 113
Blog yang saya follow :120
Labels : 20
Guestbook: 38
Hit counter: da tak ada! ;p

Terima kasih pembaca sekalian :)

Saturday, February 4, 2012