Sunday, May 22, 2011

nak cerita ape pn tentang LI?

waktu senior2 aku praktikal dulu,
aku selalu mengharapkan diorang update blog dengan pengalaman praktikal diorang.
sebab aku nak tahu jugak ape yang diorang buat.

tapi sekarang,
bila aku praktikal,
aku pun x tahu nak cerita pasal ape.

aku praktikal di Orogenic Geosolution Sdn. Bhd.
Bukit Jelutong, Shah Alam.
bahagian C.O.R.E. (aku pun x pasti nama panjang nye).

minggu pertama,
SV aku beri tugas untuk memasukkan auto-suggest dan tekan Enter,
kat bahagian Search dalam phone directory ORSB.
tapi dalam masa seminggu,
aku x berjaya siapkan kerja nie.
mungkin sebab baru nak explore apa tu
ASP.Net,
C#,
dan Visual Studio 2010.

sekarang,
sudah habis minggu kedua,
tapi aku masih xsiapkan lagi.


keluar rumah pagi2 pukul 6.
aku tumpang mak aku otw mak aku p sekolah.
jadi aku sampai ofis pukul7,
1 jam stgh awal dari ofis hour.
balik pukul 5.30.
balik rumah,
aku pengsan.
hari minggu rasa sekejap sangat!

tapi sejak bekerja,
walaupun baru 2 minggu,
aku da rasa xnak balik UMT.
xsabar nak habis study~

Tuesday, May 10, 2011

oh terengganu?

aku ingat aku da jemu dengan makanan terengganu.
ya, memang aku da jemu pun.
3 tahun da aku duk makan makanan yang dijual sekitar kampus.
sampai kadang2,
sebelum keluar makan,
aku akan memerah otak pikir nak makan ape.

tapi hari nie (aku di shah alam sedang praktikal).
aku makan tengah hari dengan nasi lemak,
sambal merah menyala,
pedas giler,
tapi macam x berapa masak.
perkedel yang besar,
nampak macam sedap,
sekali masin.
ikin bilis yang banyak,
tapi semua lemau.
telur rebus yang kecik,
dan liat!
ya, telur rebus liat.



tiba2,
aku terkenangkan (cewah~) nasi lemak yang dijual pagi2 kat belakang hostel tu.
nak kata nasi lemak tersedap didunia tu xde la kan,
tapi sedap banyak la dari yang aku makan tengah hari nie.
rindu terengganu?
mungkin lebih kepada,
da biasa dengannya.

ps: selamat lunch break semua!

Monday, May 9, 2011

hari pertama praktikal

tajuk macam karangan sekolah rendah ye semua.

ok.
sebelum aku sampai ofis nie,
berdebarnya hanya tuhan yang tahu.
ofis mula pukul 8.
aku sampai pukul 6.30.
awal kan?
aku terpaksa ikut timing mak aku p sekolah.

pukul 9 ada sorang kakak comel datang bawak aku p jumpa SV aku.
En Asrul.
Kakak comel tu pulak, kak zetty.
sorang lg staff dlm department IT nie,
abang shah.

hari pertama nie,
aku x dpt pape keje lg.
duk melangok pikir cane nak start wat sistem.

ape2 hal pun,
aku agak lega sebab staf2 kat sini friendly.
kak zetty sgt prihatin untuk bawak aku kuar beli makanan untuk lunch,
sedangkan dia da pun bawak bekal.

esok,
aku pun nak bawak bekal jugak la~~

ps: satu benda yg aku dpt tahu tentang kerja disini - no hand writing document. semua kene taip. so borang2 LI yang fakulti bg tu, semua aku kene convert to doc n baru ec. even my SV punye signature pun digitally signed~ agak2 nye aku punye buku log pun kene taip x?

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Umi~

amna edit gambar.
diba wat acronym nye.
ilam cuma balas mesej diba dengan:
"acronym tu ape ntah~"
;p
selamat hari ibu, Umi.
Ilam sayang Umi :)

Monday, May 2, 2011

KPOP Malaysia?

tolonng lah~~

ok, aku xnak ulas panjang2 tentang isu nie.
sebab kalau search kat internet,
berlambak result keluar.

24:7
sila tengok gambar di bawah

nampak macam tiru x?

Gula-Gula
x ke sama dengan yang bawah nie?

lebih kurang kan?

aku peminat KPop.
hari-hari aku dengar lagu korea.
kenapa?
aku pun x tahu.
mungkin sebab bila x paham ape maksud lagu tu,
jadi lambat sikit nak jemu kot~
tapi bagi aku lagu dorang memang best~
1 benda yang pasti kenapa aku minat KPop,
adalah kerana tarian2 dalam video clip nye.
sebab tu aku suka lagu2 melayu yang ada tarian rancak2,
macam lagu stacy dan adam.
sape kata aku x sokong muzik melayu?

kepada lelaki2 di luar sana yang cakap kaum hawa nie minat KPop disebabkan body2 dan kekacakan lelaki korea,
tolong sikit ea~
aku minat kumpulan perempuan.
korang nak kata aku les ke?
bila kami kata kami minat lagu,
lagu la yang kami minat.
mungkin ada segelintir perempuan yang memang mengidam2kan rupa jejaka korea tu.
tapi seriously,
THEY ARE REALLY NOT MY TASTE.

jadi bila ada 24:7 yang meniru gaya lelaki korea nie,
aku jadi geli~

Gula-Gula pulak,
dengan skirt pendek tu,
lagi aku geli.
sebabnya, dorang tu ada yang melayu.
bajet korea sangat.
kaki putih tu memang untuk tunjuk pun kan (mata ke atas, tangan ke dada~)

xpayahla nak tiru.
boleh nak buat group nyanyian gitu~
tapi perlu ke sebijik macam KPop?
menambahkan kegelian aku je~

apa-apa pun,
semoga 24:7 dan Gula-Gula nie berjaya la ye (sekali lagi mata ke atas, tangan ke dada)
nak jugak aku tengok,
berjaya x mereka pikat hati rakyat Malaysia nie.

kepada production team mereka:
tahniah,
anda semua berani mengambil risiko,
dan mengambil peluang dengan mengikuti kegemaran terbaru pendengar muzik kini.

p/s: bukan xnak sokong industri muzik malaysia. tapi biarla yang tulin. aku dengar je lagu melayu. ape? rap pun ikut muzik luar? ok, mungkin lama-lama masyarakat malaysia dapat menerima KPOP malaysia. semoga maju jaya~