Monday, October 31, 2011

Wedding Kak Zila

geng matrik - nadz, shida, kak zila, hazel & aku

antara kami berlima, kak zila mulakan dulu :)
aku dan nadz je dapat hadir tadi~
hazel tak dapat dihubungi,
shida ada kerja.

cantik kan kak zila? 
kak zila lebih tggi dr nadz sebab pkai heels ;p

lama x jumpa nadz~
selamat pengantin baru kak zila,
semoga berbahagia ke anak cucu~

Sunday, October 30, 2011

Ustaz Ustazah

aku belajar mengaji di masjid ittifaqiyah (sekarang da jadi surau),
di fasa 1 taman seri gombak.
aku belajar mengaji di situ bermula darjah 3 - tingkatan 2.
6 tahun aku mengaji di situ.
3 orang adik di bawah aku juga turut mengaji di situ.
diajar oleh ustaz zaiton dan isterinya (aku tak ingat nama).
lepas daripada tu,
aku berpindah ke puncak alam.

sebelum berpindah,
ustaz ustazah selalu berpesan macam-macam.
antara pesanan yang aku masih ingat,
jangan lupa jaga aurat,
bawa Quran kemana sahaja pergi,
dan mereka juga berpesan untuk jangan lupa kepada mereka
dan hubungi mereka walaupun sudah tidak bergelar anak murid.

selepas berpindah,
kami adik beradik pernah cuba sambung mengaji
di rumah seorang nenek yang berjiran dengan kami.
tapi hanya bertahan 1 hari.
kerana nenek itu lain cara mengajarnya.

kami sangat menghargai ustaz dan ustazah kami.
kalau bukan kerana mereka,
kami tak pandai mengaji macam sekarang.

lepas habis sekolah,
aku mula dapat menghubungi kawan-kawan aku yang turut mengaji di situ melalui facebook.
tapi bila ditanyakan mengenai nombor telefon ustaz ustazah,
tak ada seorang pun yang tahu.
tapi mereka memberitahu yang ustaz ustazah masih sihat.
mereka selalu nampak ustaz ustazah menghadiri kenduri.

kami ada juga beberapa kali melawat jiran lama kami di seri gombak.
tapi tak berkesempatan untuk pergi melawat ustaz ustazah.
kini sudah 8 tahun kami meninggalkan mereka.
aku rasa bersalah.
dan aku juga nak ucapkan terima kasih pada mereka.
dulu kecik lagi tak tahu apa-apa.

akhirnya aku tekad.
semalam aku search nama ustaz di google.
dapat nombor telefon rumah mereka.
kenapa lah aku tak buat macam ni awal-awal kan?
kecanggihan teknologi ada tak nak guna.

aku call rumah ustaz ustazah.
berdebar-debar pun ada jugak.
ustazah jawab.
walaupun ustazah tak ingat kami,
tapi suara ustazah sangat gembira sebab aku call.
aku sangat terharu dengar suara ustazah yang masih macam dulu.
ustazah masih sihat.
terdengar suara ustaz sibuk menyampuk sikit-sikit di belakang.
kelakar.
aku sangat lega dapat mendengar suara mereka.
memang waktu tu rasa macam nak menangis.
ustazah tak putus-putus mintak kami adik beradik datang lawat mereka.

aku mesej adik-adik aku
dan berikan nombor ustaz ustazah.
aku suruh mereka call ustaz ustazah jugak.
kami dah merancang nak pergi melawat mereka hujung minggu depan.
aku tak sabar nak jumpa mereka.
nak lihat muka mereka,
dan senyuman mereka.

*kami adik beradik sangat menghargai jasa ustaz ustazah, kalau lah kami mampu membalasnya~
terima kasih banyak-banyak ustaz, ustazah.

Thursday, October 27, 2011

Rumah Universiti UMT

untuk final year projek aku,
aku memerlukan beberapa keping gambar rumah universiti UMT.
walaupun bukanlah wajib ada,
tetapi membantu jika ade.
maka aku pun search la kat google image,
langsung tak jumpe~
tak seperti kalau aku search DSM, canselori dan sebagainya~
akhirnya aku mengambil keputusan untuk snap gambar tu sendiri~
jadi aku publishkan gambar bilik-bilik dalam rumah universiti itu kat sini,
dengan niat ingin membantu sesiapa yang memerlukan gambar-gambar ini akan datang.
gambar tak cantik pun,
snap pakai kamera handphone je~
rumah universiti UMT - reception counter

rumah universiti UMT - ruang menunggu

rumah universiti UMT - ruang tamu

rumah universiti UMT - ruang tamu

rumah universiti UMT - bilik standard

rumah universiti UMT - bilik standard

rumah universiti UMT - bilik standard tanpa bilik air

rumah universiti UMT - bilik standard tanpa bilik air

rumah universiti UMT - bilik suite
rumah universiti UMT - bilik suite
*gambar bilik air pun nk ke? ;p

Monday, October 17, 2011

Kesan iPad kepada kanak-kanak

aku terbaca entry Bayi Keliru Mana Satu iPad, Majalah di sini.
bersama-sama dengan entry itu disertakan video di bawah:



lepas tengok video ni,
aku kagum dengan kanak-kanak kecil yang sudah pandai menggunakan teknologi.
tapi dalam masa yang sama,
aku rasa kesian kat mereka.
sebab bagi aku ianya merupakan satu kerugian jika kanak-kanak tak suka buku.
macam mana nak suka kalau kenal buku pun tak kan?

dulu,
masa aku masih di sekolah rendah,
dalam buku teks bahasa inggeris,
terdapat satu sajak yang menyatakan tentang keburukan TV.
dan aku masih ingat cikgu aku membincangkan perkara tersebut.
kata cikgu aku,
dia risau dengan kanak-kanak zaman sekarang,
yang lebih cenderung kepada TV daripada buku.
cikgu aku cakap,
ini mengurangkan daya imaginasi seseorang.

lepas tu bila aku mempunyai adik kecil yang beza umurnya 12 tahun dengan aku,
aku mula menjadi risau bila dia kecil-kecil dah pandai menggunakan komputer dan internet.
dia asyik bermain game online.
tapi nasib baik jugak sebab dia merupakan ulat buku sekarang~

dan pada raya yang lepas,
aku berada di kampung,
dan dapat menyaksikan telatah sepupu aku,
yang berusia 3 tahun bermain iPad ibunya.
seronok tengok dia ketawa bila gambar dalam iPad itu bergerak.

satu hari dia nampak aku main game kat laptop aku.
dia mintak nak main game tu.
jadi aku pun hulur la laptop tu kepada dia.
aku pun memberi arahan,
"adik tekan gambar matahari tu"
lepas tu korang semua tahu ape yang dia lakukan?
dia menghulurkan jarinya,
dan menyentuh gambar matahari yang ada kat skrin laptop aku~
oh sungguh rasa terhina ketika itu!
haha~ gurau je~~
aku cuba ajar dia gune touch pad kat laptop ni~
tapi dia tak berjaya,
dan akhirnya dia putus asa untuk main game tu lagi.

setiap benda mempunyai kebaikan dan keburukannya.
mereka yang pandai menggunakan teknologi sejak dari kecil ini,
mungkin akan menjadi lebih kreatif,
kerana telah belajar menggunakan sesuatu yang lebih kreatif daripada buku.
dan iPad juga mengandungi berjuta-juta buku di dalamnya.

cuma bagi mereka yang membesar dengan buku,
akan berasa sayang
kerana kanak-kanak sekarang yang tak tahu nilai buku.
tapi tak semua kanak-kanak yang tahu guna iPad
tak tahu guna buku kan?
jadi tanggungjawab ibu bapa dan orang sekeliling la
untuk mengawal mereka.

Saturday, October 15, 2011

jessica's face in suprise from running man ep 64

Jessica sangat comel dalam Running Man ep 64!
walaupun mungkin dia nampak macam gedik,
tapi sangat best perangai dia dalam episod nie
kalau nak dibandingkan dalam episod 4 dulu~

jadi, ini muke jessica (slow motion),
terkejut bila jae suk gtaw tempoh yang diberi untuk memasak.
comel kan?
kesimpulannya,
running man SNSD memang enjoy!

Thursday, October 13, 2011

my bad habit that i dont like!

ade beberapa tabiat buruk diri ini yang aku tak suke.
harap sangat boleh berhentikan semua tabiat buruk nie!

1. Late night snack

ini tabiat buruk yang paling teruk aku rase aku ade~
kalo tak lewat malam pun,
sebelum tido aku mesti rasa nak makan sesuatu.
*sebab tu la berat badan nie asyik naik je tak pernah turun2~*
kalau dekat hostel,
bilik aku mesti ada biskut,
twiesties,
keropok, dsb~
yang mana aku akan makan dalam pukul 11 lebih.
kalau stay up study atau buat assignment?
lagi lewat la aku makan!
kalau kat rumah lagi teruk,
bile dekat2 nak tidur nanti aku makan roti.
karbohidrat tengah2 malam?
bukan nak gune tenaga da pun~

2. Last minute studying/ finishing assignment
bila aku cakap last minute,
ianya betul2 pada minit2 terakhir!
esok nak exam?
pukul 12 tgh malam pada hari exam tu baru bukak buku.
esok nak hantar assignment pukul 4 ptg?
pagi tu baru aku start buat kerja.
oh, dan bukan hanya untuk exam atau assignment,
kelas start pukul 8 pagi,
8 pagi baru aku bertolak keluar dari bilik.
yang mana perjalanan ke kampus mengambil masa 10-15 minit jalan kaki.
ya, saya tahu saya teruk ;p

buat masa nie,
ini lah tabiat buruk yang aku betul2 mahu buang.
kalau perah otak fikir lagi tabiat buruk ape aku ade,
dan kongsikan kat sini semua,
jatuh pulak mas kawen aku nanti kan? ;p

Saturday, October 8, 2011

check originality hanphone anda

terbaca ini di status fb orang:


semak originality handphone:
taip kat hp *#06#
akan keluar IMEI [ International Mobile Equipment Identity]
semak nombor IMEI handphone anda di kedudukan 7 dan 8
... contoh : 358671017470473...
kedudukan ke 7 dan 8 ialah ******01*******

utk semak ori ke x hp tu,
status nye adalah seperti di bawah:
02 or 20 : dari China = LOW QUALITY
08 or 80: dari Germany = FAIR QUALITY
01 or 10: dari Finland = VERY GOOD
00 or 03 or 04: dari kilang asal handphone = BEST MOBILE QUALITY
13 : dari azerbaijan =VERY BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTh

Thursday, October 6, 2011

Gadis Misteri Lukis Potret Aku!

sesiapa yang berminat hendak mendapatkan potret wajah sendiri bolehlah join contest yang dianjurkan oleh Gadis Misteri ini:



Cara-cara nak dapatkan lukisan potret:

1.Terbuka kepada follower sahaja.
2. Buat satu post bertajuk "Gadis Misteri Lukis Potret Aku!"
3. Letak gambar di atas.
4. Letak satu gambar yang korang mahu Gadis Misteri lukis. (gambar seorang sahaja)
5. Tulis mengapa korang follow blog Gadis Misteri, dan beri pendapat apa yang harus Gadis Misteri baiki di blog ini. (Ini penting untuk Gadis Misteri dengar pendapat orang ramai)
6. Beri link post korang di blog Gadis Misteri sebelum 11 Oktober 2011. (satu minggu je)

pendapat?
seriously aku xde benda nak komen tentang blog Gadis Misteri.
bagi aku semua ok.

kenapa aku follow Gadis Misteri?
sebab dia adik aku la! :)
tapi aku memang suka dengan gaya penulisan Gadis Misteri.
sebab kadang2 dia membuat kan aku berfikir benda2 yang aku x pernah terfikir pun nak fikir selama nie~

gambar yang aku nak Gadis Misteri lukis?
xlukis pun xpe~~~

*ok, jadi aku bukan join contest nie pun sebenarnye,
aku saje nak promote contest nie~ ;p
tapi da Gadis Misteri minta pendapat kan?
bagi je la~
bukan kene bayar pun~~

Semoga berjaya kepada semua peserta!

Tuesday, October 4, 2011