Monday, October 17, 2011

Kesan iPad kepada kanak-kanak

aku terbaca entry Bayi Keliru Mana Satu iPad, Majalah di sini.
bersama-sama dengan entry itu disertakan video di bawah:



lepas tengok video ni,
aku kagum dengan kanak-kanak kecil yang sudah pandai menggunakan teknologi.
tapi dalam masa yang sama,
aku rasa kesian kat mereka.
sebab bagi aku ianya merupakan satu kerugian jika kanak-kanak tak suka buku.
macam mana nak suka kalau kenal buku pun tak kan?

dulu,
masa aku masih di sekolah rendah,
dalam buku teks bahasa inggeris,
terdapat satu sajak yang menyatakan tentang keburukan TV.
dan aku masih ingat cikgu aku membincangkan perkara tersebut.
kata cikgu aku,
dia risau dengan kanak-kanak zaman sekarang,
yang lebih cenderung kepada TV daripada buku.
cikgu aku cakap,
ini mengurangkan daya imaginasi seseorang.

lepas tu bila aku mempunyai adik kecil yang beza umurnya 12 tahun dengan aku,
aku mula menjadi risau bila dia kecil-kecil dah pandai menggunakan komputer dan internet.
dia asyik bermain game online.
tapi nasib baik jugak sebab dia merupakan ulat buku sekarang~

dan pada raya yang lepas,
aku berada di kampung,
dan dapat menyaksikan telatah sepupu aku,
yang berusia 3 tahun bermain iPad ibunya.
seronok tengok dia ketawa bila gambar dalam iPad itu bergerak.

satu hari dia nampak aku main game kat laptop aku.
dia mintak nak main game tu.
jadi aku pun hulur la laptop tu kepada dia.
aku pun memberi arahan,
"adik tekan gambar matahari tu"
lepas tu korang semua tahu ape yang dia lakukan?
dia menghulurkan jarinya,
dan menyentuh gambar matahari yang ada kat skrin laptop aku~
oh sungguh rasa terhina ketika itu!
haha~ gurau je~~
aku cuba ajar dia gune touch pad kat laptop ni~
tapi dia tak berjaya,
dan akhirnya dia putus asa untuk main game tu lagi.

setiap benda mempunyai kebaikan dan keburukannya.
mereka yang pandai menggunakan teknologi sejak dari kecil ini,
mungkin akan menjadi lebih kreatif,
kerana telah belajar menggunakan sesuatu yang lebih kreatif daripada buku.
dan iPad juga mengandungi berjuta-juta buku di dalamnya.

cuma bagi mereka yang membesar dengan buku,
akan berasa sayang
kerana kanak-kanak sekarang yang tak tahu nilai buku.
tapi tak semua kanak-kanak yang tahu guna iPad
tak tahu guna buku kan?
jadi tanggungjawab ibu bapa dan orang sekeliling la
untuk mengawal mereka.

5 comments:

♛ Kerani Sekolah ♛ said...

betul2..memg bagus budak2 skrg xmcm kt dulu,lgi tau komputer kan.tpi bile smpai tak hargai buku,rasa cam "kesiannye hidup korg"...tpi bahananya kecik2 dah kene pkai spek =,=

idea semulajadi said...

betol2~
adik aku yg kecik tu pkai spek sebab computer la~
tgk computer dekat mcm baca buku~

MellProps said...

Haiii

CC dah siapkan hadiah dudel kamu
sory yer sebab delay

merahitujambu said...

budak skang x mcm kita dulu..

idea semulajadi said...

cc: tq~ i like it!

merahitujambu: agak2 kalo dr zmn kite dulu da de ipad, skang kite cane la kn? hehe~~