Tuesday, November 15, 2011

Kembang dalam kenangan

Aku ade seekor kucing bernama Kembang.
Dia tak berapa nak jadi kesayangan kepada family aku atas beberapa sebab:
1. abang dia yang bernama Bubu lebih kacak
2. pantang pintu rumah terbuka, dia akan meluru masuk tanpa sempat dihalang!

hanya adik aku, Amna, yang sangat sayangkan Kembang kerana katanya Kembang ini setia.

Pernah suatu hari,
Kembang bersenang lenang dengan baring di tengah-tengah jalan depan rumah aku.
Aku pun berkata kepada Amna:
"Ko tengok kucing ko tu takde kerja baring tengah-tengah jalan".

Pada pagi ini,
aku nampak lagi kembang sedang berbaring di tengah-tengah jalan.
Dalam hati aku:
"Kembang ni suka betul la baring tengah jalan"
sambil menggeleng-gelengkan kepala,
aku pun tidak mempedulikan dia.

Pada tengah harinya,
adik bongsu aku balik dari sekolah dan berkata:
"Along, Kembang mati ke? nampak macam darah je"
Aku pun terkejut,
dan melihat keluar,
yelah, takkan lah dia masih berbaring di tengah jalan dari pagi tadi!
jadi aku pun memanggil namanya.
tapi takde reaksi.
Kalau tak,
bila pintu terbuka,
dia lah yang pertama akan meluru masuk.

Aku tak ade kekuatan untuk pergi tengok dekat-dekat.
mungkin aku akan muntah,
dan mungkin jugak aku akan menangis.

Aku tunggu abah aku balik untuk menguruskannya.
Abah kata dia mati sebab bergaduh.
Mungkin anjing.

Selamat pergi Kembang~
Adik-adikku (Tonah & Amna) juga turut membuat entri tentang pemergian Kembang ini.
gambar dicuri dari Amna. yang oren itu Kembang dan yang putih di belakang itu Bubu

No comments: