Sunday, November 24, 2013

random rambling

After a week of Program Transformasi Minda(PTM) at Ancasa KL,
I proceed with my cuti rehat.
Oh my, it feels like "OH YEAH FREEDOM!!!"~
Lol, its not only because of the PTM,
which was a totally packed program (8.30 am - 10.30 pm with lunch & dinner break of course),
its also because of the last time I took my work leave was Aidilfitri.
Well, overall PTM was okay,
I met new people & made some good memories~
So now here I am,
at home, basically resting (I should be preparing for the new semester, which will start as soon as my holiday end).

Im a bit sad to go back to work,
because my beloved office-mate a.k.a my kakak,
had moved to another poli in semenanjung~
Kak Madihah
To Kak Madihah:
Jangan sedey2 da duk sana,
at least permintaan akak da termakbul untuk balik semenanjung~
I will surely miss you!!!
Kita jumpa di PSIS (for sure!!!).

Well, I guess thats the end of my random rambling.
I wrote this while listening to "Yoseob - Caffeine".
Somehow I cant resist to let the song replay over & over again,
even thought the lyric was so sad~
Selingan saje2~ :

Monday, November 4, 2013

my kimbap story

sejak makan kimbap di kedai korea depan taylors kolej dulu,
saya suka order sushi bila pergi makan di lowyat.
di mukah tak ada kedai jual kimbap.
jadi sebab teringin sangat-sangat nak makan,
saya pun mengambil ikhtiar untuk buat sendiri.

bahan-bahan yang saya gunakan:
1. nasi
2. telur
3. sosej
4. timun
5. karot
6. kicap masin
7. seaweed (jenama big bang)

cubaan pertama saya gagal, sebab nasi semua berterabur keluar bila gulung.
cubaan kedua saya berjaya dengan tips yang diberi oleh adik saya,
iaitu nasi perlu di penyek kan sehingga mampat atas seaweed tu dan direnjiskan sedikit air sebelum letak lauk.
my 2nd try
tapi saya masih kurang puas hati kerana rasa nasinya berketul,
boleh nampak pun kan~
jadi kali ketiga saya cuba masak nasi dengan air yang lebih supaya nasi lembik.
hasilnya lebih senang kerana nasi x perlu direnjis air dan lebih mudah dipenyekkan.
the 3rd try. looks better right?
tapi komen kawan-kawan saya,
saya perlu potong lauk tepi lebih kecil~ lol~

selepas itu,
saya campurkan kesemua bahan-bahan kimbap yang lebih ke dalam 1 mangkuk,
dan makan!
ha.. walaupun rupa mungkin nampak tak menyelerakan,
sedap tau~
ini mengelakkan pembaziran,
juga mengenyangkan.
boleh juga digunakan jika malas masak :)

Saturday, October 26, 2013

Yoseob Beast

Im not really a fan of kpop boy groups.
I like girl group more because they are much cuter and sexier~~~
But I do like some songs from the boy groups.
There is one idol from the group Beast that I like.
Yoseob.

I started to know and like him when he duet with eunji for love day.

I like him because of his voice and he is cute~
But he reminds me of someone.
A cute girl i once knew.
Bogoshipda :)
i know you read this. or is it just me?

So, that is why i like Yoseob more and more :)



isnt he is cute as a girl? (ok thats nana body lol)

Sunday, September 29, 2013

Kisah di ATM

Suatu hari saya pergi ke bank,
ingin menggunakan ATM.
ada 3 mesin ATM,
dua daripadanya penuh,
panjang barisannya.
1 yang di hujung, kosong.
Terdetik dalam hati saya,
"mesti mesin itu out of service".
Maka saya pun beratur di barisan yang panjang itu.

Selepas seketika saya beratur,
saya menjeling ke arah mesin yang kosong itu.
Saya nampak slot kad nya berkelip2 warna hijau.
"kalau out of service bukan ke patut tak berkelip?"
Saya menoleh ke belakang saya, makin ramai.
Kalau saya pergi ke mesin kosong itu,
tiba-tiba memang betul mesin itu out of service,
mesti malu yang amat & kelihatan seperti orang bodoh!
lagipun saya sudah beratur lama,
kalau saya keluar daripada barisan,
saya perlu masuk balik di belakang,
sayanglah.
jadi saya pun mematikan keinginan saya untuk pergi mencuba mesin kosong itu.

Tiba-tiba, seorang pakcik daripada barisan sebelah,
keluar daripada barisan,
walaupun hanya tinggal 2 orang di hadapan beliau.
Beliau pergi ke mesin atm yang kosong itu,
dan memasukkan kad beliau.
Mata saya tertumpu pada pakcik itu.
Saya yakin, bukan hanya saya,
tetapi seluruh mata yang terdapat di bank itu memandang beliau.
Semua igin tahu, samada mesin itu berfungsi atau tidak.

Ya! pakck itu berjaya mengeluarkan duit beliau.
Pada saat itu, saya rasa seperti orang bodoh!
Saya rasa semua yang ada di situ juga rasa begitu.

Ini menunjukkan, masyarakat kita, terlalu mementingkan pandangan daripada orang lain.
Walaupun orang yang tak kenal siapa kita.
Semua takut untuk pergi ke mesin itu dan melihat samada ianya betul2 out of service atau tak.
Takut dinilai.
Semua hanya masuk ke barisan panjang tanpa soal.
Saya tabik spring la kat pakcik tu!