Showing posts with label childhood memories. Show all posts
Showing posts with label childhood memories. Show all posts

Monday, April 23, 2012

Denda dulu, denda sekarang

Siapa waktu sekolah dulu-dulu tak pernah kene denda?
Baiknya kamu!

Saya?
Banyak jenis denda saya pernah lalui~
Saya budak jahat ke dulu?
Selalunya saya kene denda sebab tak buat kerja sekolah la~
Sekolah rendah je tau,
naik sekolah menengah da jadi budak baik da ;p

Yang saya paling tak boleh lupa adalah,
sewaktu saya di darjah 4,
denda pergi ke kelas sebelah,
berjalan dari satu meja ke meja,
sambil menyebut,
"Saya berjanji akan menyiapkan kerja sekolah",
berulang-ulang.
Malu yang amat,
hanya tuhan yang tahu!
Bukan budak-budak kelas sebelah tu tak kenal saya~

Kedua, denda jalan itik.
Yang ini saya tak berapa nak ingat samada saya didenda atau tidak.
Tapi kene berjalan itik dari koridor depan kelas sampai ke koridor kelas seberang!

sumber
Darjah dua pula saya ada seorang ustaz yang garang,
kalau denda beliau mesti suruh berdiri atas kerusi,
dan beliau akan pulas pusat kita~
Sakit woo~~

sumber
Denda-denda lain yang biasa diberi atau lebih tepat lagi,
dilalui oleh saya adalah,
berdiri atas kerusi,
dan
rotan (ini waktu mengaji, salah tajwid dan bacaan sah hinggap satu rotan kat peha).

Ada jugak denda lain yang biasa dilihat tapi saya tak pernah kene la~
Macam tarik sideburn dan tarik telinga,
selalunya budak lelaki la yang kene,
da perempuan kebanyakkannya bertudung.
Ketuk ketampi pun selalu jugak diberi.

Walaupun dengan segala jenis denda ini diberi,
dulu tak pernah pulak dengar kes ibu bapa datang sekolah dan marah cikgu kerana mendenda anak mereka.
Sekarang saya siap diberi nasihat daripada guru lain,
supaya jangan mendenda murid.
Bimbang akan jadi satu kes.
Kini saya hanya boleh memarahi murid jika mereka melakukan kesalahan.
Paling berat pun saya hanya boleh ketuk pembaris dengan kuat pada meja mereka.
Gertak la kononnya.
sebab itulah murid sekarang berani lawan cikgu~
sumber

Sunday, October 30, 2011

Ustaz Ustazah

aku belajar mengaji di masjid ittifaqiyah (sekarang da jadi surau),
di fasa 1 taman seri gombak.
aku belajar mengaji di situ bermula darjah 3 - tingkatan 2.
6 tahun aku mengaji di situ.
3 orang adik di bawah aku juga turut mengaji di situ.
diajar oleh ustaz zaiton dan isterinya (aku tak ingat nama).
lepas daripada tu,
aku berpindah ke puncak alam.

sebelum berpindah,
ustaz ustazah selalu berpesan macam-macam.
antara pesanan yang aku masih ingat,
jangan lupa jaga aurat,
bawa Quran kemana sahaja pergi,
dan mereka juga berpesan untuk jangan lupa kepada mereka
dan hubungi mereka walaupun sudah tidak bergelar anak murid.

selepas berpindah,
kami adik beradik pernah cuba sambung mengaji
di rumah seorang nenek yang berjiran dengan kami.
tapi hanya bertahan 1 hari.
kerana nenek itu lain cara mengajarnya.

kami sangat menghargai ustaz dan ustazah kami.
kalau bukan kerana mereka,
kami tak pandai mengaji macam sekarang.

lepas habis sekolah,
aku mula dapat menghubungi kawan-kawan aku yang turut mengaji di situ melalui facebook.
tapi bila ditanyakan mengenai nombor telefon ustaz ustazah,
tak ada seorang pun yang tahu.
tapi mereka memberitahu yang ustaz ustazah masih sihat.
mereka selalu nampak ustaz ustazah menghadiri kenduri.

kami ada juga beberapa kali melawat jiran lama kami di seri gombak.
tapi tak berkesempatan untuk pergi melawat ustaz ustazah.
kini sudah 8 tahun kami meninggalkan mereka.
aku rasa bersalah.
dan aku juga nak ucapkan terima kasih pada mereka.
dulu kecik lagi tak tahu apa-apa.

akhirnya aku tekad.
semalam aku search nama ustaz di google.
dapat nombor telefon rumah mereka.
kenapa lah aku tak buat macam ni awal-awal kan?
kecanggihan teknologi ada tak nak guna.

aku call rumah ustaz ustazah.
berdebar-debar pun ada jugak.
ustazah jawab.
walaupun ustazah tak ingat kami,
tapi suara ustazah sangat gembira sebab aku call.
aku sangat terharu dengar suara ustazah yang masih macam dulu.
ustazah masih sihat.
terdengar suara ustaz sibuk menyampuk sikit-sikit di belakang.
kelakar.
aku sangat lega dapat mendengar suara mereka.
memang waktu tu rasa macam nak menangis.
ustazah tak putus-putus mintak kami adik beradik datang lawat mereka.

aku mesej adik-adik aku
dan berikan nombor ustaz ustazah.
aku suruh mereka call ustaz ustazah jugak.
kami dah merancang nak pergi melawat mereka hujung minggu depan.
aku tak sabar nak jumpa mereka.
nak lihat muka mereka,
dan senyuman mereka.

*kami adik beradik sangat menghargai jasa ustaz ustazah, kalau lah kami mampu membalasnya~
terima kasih banyak-banyak ustaz, ustazah.

Friday, July 15, 2011

kenangan lampau - masa mengaji

dulu-dulu waktu sekolah rendah,
aku x masuk kafa macam orang lain,
aku dan adik2 aku,
pergi mengaji kat satu masjid (sekarang da jadi surau).

satu hari,
aku x ingat ape jadi kat tudung sekolah aku.
tp senang cter, its unavailable la for that day.
aku da cuak,
nak pakai tudung ape?
mana boleh x pakai tudung pergi mengaji!

aku x ingat sama ada aku menghadapi masalah nie sorang2 pada hari tu,
atau adik2 aku pun sume xde tudung jugak.
x ingat la.

jadi last skali,
aku buat keputusan untuk pakai telekung.
nak tak nak pun,
nanti waktu asar memang pakai telekung jugak untuk solat jemaah.

aku pun pakai la tudung telekung tu sahaja,
xla pakai dengan kain macam nak semayang plak.
lepas tu, untuk bagi orang x sedar yang aku pakai tu telekung,
aku pun sinsing la bahagian depan tu kebelakang.
then kain lebih pnjang kat blkg tu aku pusing2 kan biar xmenggerbang.

kat tempat ngaji,
ustazah aku duk perli2 aku sebab pakai telekung,
siap gelak2 lagi~
dia tanya mana pergi tudung sekolah~
waktu tu,
memang aku pelik giler2 la,
mana ustazah tahu aku pakai telekung?
(bajet da menjadi habis la samaran tudung aku tu)

lebih kurang cani la telekung tu aku wat~


fikir2 balik,
memang la orang boleh bezakan telekung dengan tudung~
adoi~~
ape la aku time kecik2 dulu.
kalo aku jadi ustazah waktu tu,
confirm aku gelak golek2~