Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Monday, November 4, 2013

my kimbap story

sejak makan kimbap di kedai korea depan taylors kolej dulu,
saya suka order sushi bila pergi makan di lowyat.
di mukah tak ada kedai jual kimbap.
jadi sebab teringin sangat-sangat nak makan,
saya pun mengambil ikhtiar untuk buat sendiri.

bahan-bahan yang saya gunakan:
1. nasi
2. telur
3. sosej
4. timun
5. karot
6. kicap masin
7. seaweed (jenama big bang)

cubaan pertama saya gagal, sebab nasi semua berterabur keluar bila gulung.
cubaan kedua saya berjaya dengan tips yang diberi oleh adik saya,
iaitu nasi perlu di penyek kan sehingga mampat atas seaweed tu dan direnjiskan sedikit air sebelum letak lauk.
my 2nd try
tapi saya masih kurang puas hati kerana rasa nasinya berketul,
boleh nampak pun kan~
jadi kali ketiga saya cuba masak nasi dengan air yang lebih supaya nasi lembik.
hasilnya lebih senang kerana nasi x perlu direnjis air dan lebih mudah dipenyekkan.
the 3rd try. looks better right?
tapi komen kawan-kawan saya,
saya perlu potong lauk tepi lebih kecil~ lol~

selepas itu,
saya campurkan kesemua bahan-bahan kimbap yang lebih ke dalam 1 mangkuk,
dan makan!
ha.. walaupun rupa mungkin nampak tak menyelerakan,
sedap tau~
ini mengelakkan pembaziran,
juga mengenyangkan.
boleh juga digunakan jika malas masak :)

Friday, October 5, 2012

Pengalaman makan :)

Ini cerita minggu lepas.
Tapi baru berpeluang menulis di sini kerana sibuk.

Adik saya adibah mempunyai seorang kenalan yang tinggal di mukah, Ain.
Hujung minggu lepas Ain telah membawa saya bermalam di rumahnya selama 2 hari.
saya telah berpeluang merasa macam-macam jenis makanan yang saya tak pernah tau pun kewujudannya selama ni.
Sagu & Ikan goreng
Sagu ni kalau tak salah saya, makanan ruji orang melanau dulu-dulu.
Jadi macam makan nasi dengan ikan lah.
Tapi sagu nie keras. macam maruku pun ada.
jadi saya cubit ikan dan amik sebiji sagu. makan.
sedap! sagu rasa macam kelapa, berlemak.
bertentangan dengan ikan yang lembut.
Rasa mereka melengkapi satu sama lain.

Durian Hutan
Tekstur nya macam durian.
Tapi isinya tak setebal durian.
Rasanya pulak, agak berangin (mint).

Linut
Kalau di sarawak, dipanggil Linut.
Tapi kalau di sabah, dipanggil ambuyat.
Rasanya tawar je.
teksturnya pulak macam dodol tak berperisa.
Linut dimakan bersama kuah asam+garlic.
Kuah nya lah yang paling saya suka. sedap.
Dan linut juga dimakan bersama sayur-sayuran.
Linut bersama kuahnya
Saya lihat keluarga kawan saya yang makan linut,
mereka tak makan nasi.
Sebab linut saje sudah kenyang.
linut diperbuat daripada sagu.
Gambar-gambar linut di atas saya google saje.
Ini gambar linut yang saya makan.

Saya berpeluang merasa linut sebab ain membawa saya ke rumah makciknya untuk gotong royong kenduri.
Hari itu juga saya berpeluang merasa buah terap.
buah terap
rupa luarannya macam cempedak.
tapi isinya putih dan lebih kecil.
tak tahu nak terangkan macam mana rasanya.
bijinya kecil je.
isinya lembut.
sedap.

Pada hari kenduri pulak, saya dapat merasa macam-macam jenis kek lapis!

1st time jugak jumpa org ptong tembikai macam nie, senang nak pegang kata mereka~

Dank ketika ain menghantar saya balik ke politeknik,
Ain membawa saya makan ABC Milo.
Tak pernah lagi saya jumpa ABC Milo.
ABC Milo

Nanti saya nak cuba macam-macam lagi jenis makanan baru.
Bahasa Melanau pun ada juga saya belajar sikit-sikit sekarang~

Thursday, August 30, 2012

my first korean food!

Memang teringin sangat nak rasa macam mana rasa makanan Korea nie~
Jadi setelah lama merancang dengan adik-adik dan sepupu-sepupu,
kami akhirnya keluar hari ini untuk pergi restoran makanan Korea.

Kami telah pergi ke Street Cafe Subang SS15 berhadapan dengan kolaj Taylor's.
Disebabkan lupa nak ambil gambar depan kedai, ini ambil dari blog seperti link yang tertera pada gambar
Adik saya, Fathanah telah beberapa kali menjamu selera di sini.
Jadi kami datang ke sini pun sebab cadangan dia.

Mula-mula tengok menu,
masing-masing rambang mata sebab tak tahu nak cuba yang mana.
Mana nak tahu mana yang sedap.

Main stack sementara menunggu makanan sampai
Makanan sampai!!! Jom makan!!
(Along & Amna tak reti duduk diam)
Mine. Memang sebelum datang lagi niat nak makan ddukbokki nie~
Rasa seperti yang dijankakan. Cuma tak sangka rice cake nya seliat itu. Overall - boleh lah~
Angoh makan launchbox daging
Tonah makan launchbox ayam
Ayam & daging BBQ nya memang terbaek~~
Along makan set Robokki (ada kimchi + kimbap)
Robokki = Ramen + Ddukbokki, jadi macam makan ramen dengan kuah ddubokki
Kimbap paling best antara semua~
Kimchi - boleh telan la~
Amna pula makan ramen
Mee Maggy versi liat sikit
Angoh cakap dia order air berani mati (sebab nama pelik & tak ada gambar)

Masa untuk menconteng dinding!
mine
Angoh's
Along's
Amna's (sangat besar dia tulis ok~)
Selepas selesai makan,
kami pergi ke UPM untuk melawat Nasuha yang tak dapat join sebab ada program.

Amna, Tonah & Nasuha
Disebabkan kimbap paling sedap, Along beli untuk bawa ke Nasuha, & saya beli untu bawa balik ke  adik kecik di rumah~ tapi akhirnya, saya jugak yang makan ;p
We have great meals and great moments!

*Mungkin datang lagi untuk kimbap!

Friday, March 9, 2012

Roti Paratha ala-ala Hot & Roll

sumber
Siapa suka makan Hot & Roll Paratha?
Saya paling suka Paratha Double Cheese Onion.
Pernah sekali cuba Double Cheese Onion dengan Crispy Wrap,
tapi tak sesuai la sebab Crispy Wrap manis~

sumber
Entry kali ini,
saya ingin berkongsi cara-cara roti paratha yang saya buat,
ala-ala Hot & Roll.

Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Roti paratha segera
2. Cheddar
3. Bawang besar (dicincang)
4. Ayam kisar (yang telah dimasak - tumis dengan bawang kisar dan dimasukkan perisa seperti garam, lada hitam, oregano/serbuk kari secukup rasa)

Cara-cara membuatnya:
1. Cairkan butter dalam kuali.

2. Letakkan roti parathadi dalam kuali itu.


3. Sapu butter pada permukaan atas roti.

4. Terbalikkan roti apabila sebelah belakang sudah garing. Kecilkan api.

5. Letakkan ayam kisar dan bawang cincang di sebelah bahagian roti sahaja.

6. Koyakkan cheddar dan letak di sebelah bahagian lagi. Besarkan kembali api.

7. Selepas bahagian belakang telah garing, lipatkan roti kepada dua.

8. Tadaa! dah siap! Saya potong kepada dua bahagian supaya mudah dimakan~
*Cheddar kalau digantikan dengan mozarella, lebih sedap~
*Sedap dimakan panas-panas.
*Selamat mencuba :)

Wednesday, December 14, 2011

The worst lunch i ever had~

Kami sekeluarga dalam perjalanan pulang dari kampung kami di kedah.
seperti biasa,
kami akan berhenti rehat di sebuah R&R yang paling selesa di antara semua R&R yang ada.
Sebuah kedai yang sering kami kunjungi di situ untuk makan,
telah ditukar dengan kedai lain.
Tapi kami membuat keputusan untuk mencuba juga kerana sangka kami,
mungkin hanya nama yang ditukar memandangkan keadaan dalam kedai serupa dengan sebelum ini.



Tapi sangkaan kami salah.
Menu punya banyak,
tapi apa yang kami order,
50% tak ada.



Sedap?
Nasi ayam keras walaupun da dituang sup,
(tapi sup nya boleh tahan),
spaghetti rasa macam tepung tak berapa nak masak,
(abah aku tak mampu nak telan pun)
kuah spaghetti tawar.
(tapi meatball nya sedap - segera punya)
Air teh o limau pun tak ada,
padahal teh o panas & sirap limau ada je.
pelik tak?
Teh tarik warna macam nescafe,
& rasanya seperti teh segera.



Harga?
1 item kebanyakkannya hampir RM10 kot.
Harga untuk kami sekeluarga,
da serupa makan kat McD.
kat McD pun kenyang dapat kentang & burger~

Oh, dan jika diabaikan rasa makanannya,
servis nya juga sangat tidak memuaskan.
Penjaga kaunter buat muka penat-nak-jawab-makanan-tu-tak-ada,
(tak paham kenapa mereka tak tampal je di menu kata makanan tersebut tak ada)
3-4 buah meja yang telah ditinggalkan pelanggan tak dikemaskan,
makanan siap lambat.
ye, saya tahu mereka tak cukup kakitangan.

Akhirnya,
selepas berjaya menghabiskan apa yang mampu dihabiskan,
kami masing-masing keluar dan cari makanan lain.
Tak puas makan.

*selepas habis tulis entry ini, ternampak pula gambar ini di fb. err..*

Wednesday, November 16, 2011

Anggur Beku!

Korang suke tak makan anggur?
Pernah skali,
abah aku letakkan anggur di peti beku~
Jadi lah anggur beku!
Sejak daripada tu,
setiap kali kami beli anggur,
mesti kami akan bekukan~
Korang cubalah,
memang sedap sangat!
Macam makan aiskrim yang lembut berperisa anggur.
begini lah rupanya anggur beku
Sedang aku mencari gambar anggur beku ni di google,
aku terjumpa website ini yang juga menceritakan tentang anggur beku~
gambar anggur ni aku ambil dari situ la~

Selamat mencuba!

Tuesday, July 5, 2011

when my tongue meets macarons

aku teringin sangat nak makan macarons!
bila aku tengok gambar warna-warni nie aku jadi terliur.
credit
keinginan aku bertambah bila ada sorang kawan aku menceritakan betapa sedapnya macarons yang dia pernah makan.

jadi,
semalam,
i bought 1 box of 15 pisces, online.
dan aku dapat petang tu jugak.

dalam kereta jugak aku bukak kotak tu!
adik dengan mak aku pun teruja nak makan.
sangat comel. 
*walaupun size nye lebih kecil dari yang aku bayangkan*

when we take a bite......
pergh! 
BAPAK MANIS!!!!

aku dah menjangkakannya pun.
tapi x sangka manis sangat sampai sakit tekak lepas da habis makan.
mungkin memang macarons sepatutnya manis seperti itu.

tapi tekak aku masih boleh terima.
tapi makan satu pada satu masa je la.
adik aku,
xboleh habiskan sebijik pun.

apa-apa pun,
aku puas hati.
lepas nie bila aku tengok gambar macarons seperti ini:

comelkan?? *credit*
xde la aku jadi terliur dan teringin lagi.

**aku xkan bagi address blog dimana aku beli macarons tu. manis sangat~


Tuesday, May 10, 2011

oh terengganu?

aku ingat aku da jemu dengan makanan terengganu.
ya, memang aku da jemu pun.
3 tahun da aku duk makan makanan yang dijual sekitar kampus.
sampai kadang2,
sebelum keluar makan,
aku akan memerah otak pikir nak makan ape.

tapi hari nie (aku di shah alam sedang praktikal).
aku makan tengah hari dengan nasi lemak,
sambal merah menyala,
pedas giler,
tapi macam x berapa masak.
perkedel yang besar,
nampak macam sedap,
sekali masin.
ikin bilis yang banyak,
tapi semua lemau.
telur rebus yang kecik,
dan liat!
ya, telur rebus liat.



tiba2,
aku terkenangkan (cewah~) nasi lemak yang dijual pagi2 kat belakang hostel tu.
nak kata nasi lemak tersedap didunia tu xde la kan,
tapi sedap banyak la dari yang aku makan tengah hari nie.
rindu terengganu?
mungkin lebih kepada,
da biasa dengannya.

ps: selamat lunch break semua!

Monday, March 14, 2011

fried wantan the chicken rice shop

aku pergi ke Picom PC fair di Terengganu Trade Center pada hari terakhir PC fair itu.
hajat di hati ingin membeli sebuah beg laptop,
untuk bawa laptop pergi praktikal nanti.
aku x suka beg galas belakang,
jadi aku mencari beg galas tepi.

ini lah lebih kurang rupa beg yang aku dapat:
masalahnya aku punye warna hitam n berbunga biru - xde pilihan lain da~

lepas da habis shopping,
kami pergi makan dekat chicken rice shop giant.
ok, 
ini lah yang aku nak cerita sebenarnya.
fried wantan kat sini sangat sedap ok!!!
bukan sebab aku terlalu lapar jadi aku cakap sedap.
aku da habiskan 1 pinggan nasi ayam & da sgt kenyang da pun,
baru aku makan fried wantan tu.
sedap!

kamu semua mesti cuba ok?
sesiapa ada nak pergi giant,
inform aku ok?
nak kirim fried wantan lg~
;p

Saturday, February 5, 2011

resepi lasagna for my roomate~

Sos Bolognese (sama macam sos untuk spegheti)


1. cincang 1 biji bawang besar, 2 ulas bawang, & 1/2 inci halia ke dalam periuk.
2. tumis sampai bau harum naik.
3. masukkan daging cincang 1 paket.
4. lepas daging da masak, masukkan 1 tin sos spegheti siap(boleh didapati di kedai).
jenama nie contoh je. pakai la jenama ape pun~

5. bila sudah mendidih, masukkan perencah seperti pepper, garam, dan oregano secukup rasa~
jenama nie contoh je. pakai la jenama ape pun~


Sos Bechamel

1. cairkan 3 sudu butter ke dalam kuali.
2. masukkan tepung gandum 2 sudu besar dan kacau cepat2 menggunakan garfu.
3. bila sudah berderai, kecilkan api.
4. tuang 1 cawan (250 ml) susu perlahan2 sambil teruskan mengacau.
5. teruskan kacau sehingga pekat.
6. masukkan garam dan pepper secukup rasa.

Lasagna

lapisan 1. letakkan kepingan pasta lasagnsa memenuhi permukaan acuan bakar.
jenama nie contoh je. pakai la jenama ape pun~

lapisan 2. bubuh sos bolognese atas lapisan 1; kepingan pasta tu (tebal sos ikut citarasa).
lapisan 3. susun lagi kepingan pasta atas lapisan 2; sos bolognese tadi.
lapisan 4. bubuh pulak sos bechamel atas lapisan 3; pasta tadi.
lapisan 5. ulang lapisan 1 hingga lapisan 4 sehinggalah ke lapisan n (sampai da penuh tinggi acuan, jangan penuh sangat, kang bakar, melimpah)
ok, lepas tu, taburkan keju mozarella yang da diparut ke atas lapisan n (pastikan lapisan n yang terakhir ini adalah sos, samada sos bolognese ataupun sos bechamel. kalo x, keju x melekat)
jenama nie contoh je. pakai la jenama ape pun~
ok. sekarang, bakar lasagna dalam oven bersuhu 180C selama 20 minit/ sehingga masak.

SIAP!!!
cadangan hidangan

*khas untuk irra, sorry, sebenarnye kite da niat nak bawak balik lasagna untuk irra, tapi sayangnya kita ada kenduri dan dari kenduri tu kite terus p airport. jadi xdapat la nak sediakan lasagna nie~ bukan rezeki nampaknya. mungkin lain kali ok?