Showing posts with label ol' school. Show all posts
Showing posts with label ol' school. Show all posts

Wednesday, August 29, 2012

9 Syawal~

Pada hari raya ke-9,
kami berlima telah pergi beraya ke rumah cikgu-cikgu~
Sambil meluangkan masa bersama kawan-kawan yang telah lama tak jumpa~

Sebelum bertolak -  di rumah saya
Jair, Jaja, Fatin & Ada
(Ainne xde sebab de kelas)
Di rumah Cikgu Mussalwah (cikgu BM kami dulu)

Rumah terakhir untuk hari itu ialah rumah Cikgu Azizah (cikgu Fizik kami)
Kali nie Ainne ade, Jaja pulak xde~

Selepas rumah Cikgu Mussalwah kami ada pergi ke rumah Ustazah Norma~
Tapi kami lupa bergambar pulak~

Great day with great peoples :)

Monday, April 23, 2012

Denda dulu, denda sekarang

Siapa waktu sekolah dulu-dulu tak pernah kene denda?
Baiknya kamu!

Saya?
Banyak jenis denda saya pernah lalui~
Saya budak jahat ke dulu?
Selalunya saya kene denda sebab tak buat kerja sekolah la~
Sekolah rendah je tau,
naik sekolah menengah da jadi budak baik da ;p

Yang saya paling tak boleh lupa adalah,
sewaktu saya di darjah 4,
denda pergi ke kelas sebelah,
berjalan dari satu meja ke meja,
sambil menyebut,
"Saya berjanji akan menyiapkan kerja sekolah",
berulang-ulang.
Malu yang amat,
hanya tuhan yang tahu!
Bukan budak-budak kelas sebelah tu tak kenal saya~

Kedua, denda jalan itik.
Yang ini saya tak berapa nak ingat samada saya didenda atau tidak.
Tapi kene berjalan itik dari koridor depan kelas sampai ke koridor kelas seberang!

sumber
Darjah dua pula saya ada seorang ustaz yang garang,
kalau denda beliau mesti suruh berdiri atas kerusi,
dan beliau akan pulas pusat kita~
Sakit woo~~

sumber
Denda-denda lain yang biasa diberi atau lebih tepat lagi,
dilalui oleh saya adalah,
berdiri atas kerusi,
dan
rotan (ini waktu mengaji, salah tajwid dan bacaan sah hinggap satu rotan kat peha).

Ada jugak denda lain yang biasa dilihat tapi saya tak pernah kene la~
Macam tarik sideburn dan tarik telinga,
selalunya budak lelaki la yang kene,
da perempuan kebanyakkannya bertudung.
Ketuk ketampi pun selalu jugak diberi.

Walaupun dengan segala jenis denda ini diberi,
dulu tak pernah pulak dengar kes ibu bapa datang sekolah dan marah cikgu kerana mendenda anak mereka.
Sekarang saya siap diberi nasihat daripada guru lain,
supaya jangan mendenda murid.
Bimbang akan jadi satu kes.
Kini saya hanya boleh memarahi murid jika mereka melakukan kesalahan.
Paling berat pun saya hanya boleh ketuk pembaris dengan kuat pada meja mereka.
Gertak la kononnya.
sebab itulah murid sekarang berani lawan cikgu~
sumber

Friday, April 30, 2010

ayuh kembali ke sekolah! ayuh!

ingt lg,
dulu setiap kali nk bukak tahun bru persekolahan,
lgu nie mesti berkumandang kat tv...
lgu iklan pe ntah aku x ingt...

tu dulu la...
zaman aku skola dulu...
skang aku pun tataw la iklan tu ade lg ke x...

hari nie aku bgun pagi.jadi aku dpt tgk adik2 aku bersiap p skola..
tringat zaman skola2 dulu..
rindu plak.

btol la bak kata cekgu aku,
"zaman skola nie la yg pling bez, baik kamu hargai sebelum kamu hbis skola."
skang nie aku rase mcm nk jd dak skola blik je...

aku bersekolah menengah di 3 buah sekolah.


form 1 & 2:
SMK Hillcrest, gombak.
tahun 2002 @ 2003
aku xbpe ingt kenangan kat cni..
almaklumlah, otak pun otak kanak2 lg...
ini pun xbpe nk ingt, skola rendah lg la~~~~~~~~
yg aku ingt, aku PSS tyme tu.stiap hr khamis,
aku kene dtg sesi pg utk bertugas kat libry.


form 3:
SMK Saujana Utama, Sg. Buloh.
tahun 2004.
setahun je kat cni, nutin much to treasure.


form 4 & 5:

SMK Puncak Alam, Kuala Selangor.
tahun 2005 & 2006.
sini byk kenangan tercipta.
sgt byk..
nk cerita, smpai esok x hbs.
aku masih lg melawat sekolah nie bile cuti sem.
aku gembira sebab cekgu2 xpenah lupakan aku.
setiap thun, kelas aku, akan wat reunion.
mmg bez sebab kami sume still keep in touch..
love u all guys!!
friendship will be treasure forever!

geng tyme skola dulu.
*curi dr ms jair, kalo harap aku, tataw mana da aku simpan gmbar skola2 dulu nie*


dak kelas aku dulu

nie tyme reunion kedua, thun 2009
*aku jd cameraman.sigh*