Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Thursday, August 30, 2012

my first korean food!

Memang teringin sangat nak rasa macam mana rasa makanan Korea nie~
Jadi setelah lama merancang dengan adik-adik dan sepupu-sepupu,
kami akhirnya keluar hari ini untuk pergi restoran makanan Korea.

Kami telah pergi ke Street Cafe Subang SS15 berhadapan dengan kolaj Taylor's.
Disebabkan lupa nak ambil gambar depan kedai, ini ambil dari blog seperti link yang tertera pada gambar
Adik saya, Fathanah telah beberapa kali menjamu selera di sini.
Jadi kami datang ke sini pun sebab cadangan dia.

Mula-mula tengok menu,
masing-masing rambang mata sebab tak tahu nak cuba yang mana.
Mana nak tahu mana yang sedap.

Main stack sementara menunggu makanan sampai
Makanan sampai!!! Jom makan!!
(Along & Amna tak reti duduk diam)
Mine. Memang sebelum datang lagi niat nak makan ddukbokki nie~
Rasa seperti yang dijankakan. Cuma tak sangka rice cake nya seliat itu. Overall - boleh lah~
Angoh makan launchbox daging
Tonah makan launchbox ayam
Ayam & daging BBQ nya memang terbaek~~
Along makan set Robokki (ada kimchi + kimbap)
Robokki = Ramen + Ddukbokki, jadi macam makan ramen dengan kuah ddubokki
Kimbap paling best antara semua~
Kimchi - boleh telan la~
Amna pula makan ramen
Mee Maggy versi liat sikit
Angoh cakap dia order air berani mati (sebab nama pelik & tak ada gambar)

Masa untuk menconteng dinding!
mine
Angoh's
Along's
Amna's (sangat besar dia tulis ok~)
Selepas selesai makan,
kami pergi ke UPM untuk melawat Nasuha yang tak dapat join sebab ada program.

Amna, Tonah & Nasuha
Disebabkan kimbap paling sedap, Along beli untuk bawa ke Nasuha, & saya beli untu bawa balik ke  adik kecik di rumah~ tapi akhirnya, saya jugak yang makan ;p
We have great meals and great moments!

*Mungkin datang lagi untuk kimbap!

Saturday, August 11, 2012

Majlis Penyampaian Diploma International Baccalaureate, Kolej Mara Banting

Dipendekkan tajuk entri,
hari konvokesyen adik saya, Nur Adibah.
Adibah akan ke Pennsylvania, USA esok hari untuk mendaftar di Penn State University.

Kuning - Sastera Ikhtisas 
Kelas A10B
Abah, Diba & Umi


Friday, June 22, 2012

My Sister's Graduation Day



Fathanah a.k.a Tonah telah berjaya menamatkan program Canadian Pre-U (CPU) selama setahun di Taylor's College.
Semalam kami sekeluarga telah pergi ke graduation day Tonah.
Insyaallah lepas raya tahun ni, Tonah akan ke University of Guelph, Ontario, Canada untuk meneruskan pengajian dalam bidang pelancongan.
Tahniah adik along!

Gambar kabur, umi zoom in dari jauh
Umi & Tonah

Abah & Umi
(gambar kabur nie diba snap ea? baik ngaku diba~~)

Kami 5 beradik

JPA scholars

Sunday, June 3, 2012

Aktiviti cuti sekolah - Kedah


Cuti sekolah kali ini,
kami sekeluarga balik kampung abah.
(tak cukup la sekeluarga, dua adik tak ikut sibuk nak periksa)
hantar sepupu kami, Khadijah Hanani ke Kolej Matrikulasi Kedah

Najaa dapat kawan baru, anak Uncle Ariss, Ariesha

makan ikan temenung segar di Kuala kedah
Ok, esok bergerak ke kampung umi pulak, Kelantan~~

Tuesday, February 14, 2012

Bubu kami yang gedik!

tido dalam bakul baju memang best kan~
tido bersama rakan-rakan spesies - lembu
cubaan masuk ke rumah melalui bumbung
macam mana nak turun tu? 
ini entry waktu bubu masih lagi kecil~

Saturday, January 14, 2012

To my Parents:

Ini masih dalam cabaran 10 perkara dalam 10 hari,
dan ini merupakan hari ke-4 yang mana bertajuk
10 things you want to say to 1 person.
jadi saya memilih ibubapa saya.
memandangkan perkara yang saya ingin sampaikan kepada ibubapa saya adalah sama,
jadi saya menganggap ianya sah laku sebagai seorang :)



1. Maafkan ilham sebab menjawab.
2. Maafkan ilham sebab tak dapat kawal panas baran.
3. Maafkan ilham sebab kadang-kadang terlupa menjaga tingkah laku sebagai seorang anak.
4. Maafkan ilham sebab buat umi abah menangis dan marah.
5. Maafkan ilham sebab tak reti nak mintak maaf secara berdepan.
6. Terima kasih sebab jaga ilham dengan sempurna sampai sekarang.
7. Terima kasih sebab selalu penuhi permintaan ilham.
8. Ilham gembira bila umi abah gembira.
9. Ilham janji akan balas jasa umi abah sebaik mungkin.
10. Ilham sayang umi abah sangat-sangat sangat-sangat!

Malulah >~<

Wednesday, December 7, 2011

My youngest sister's blog~

Ini adik bongsu aku yang berumur 10 tahun:
Najaa Athirah

Dia ada sebuah blog bernama Najaa's World.
Najaa mempunyai blog tu sebelum kami adik beradik semua ada blog lagi.
Menggunakan akaun abah aku,
abah membina blog itu dengan tujuan untuk memasukkan lukisan-lukisan yang dilukis oleh najaa.
tetapi lama-kelamaan,
Najaa asyik memasukkan gambar2 kartun comel yang dia jumpa di internet.
Setelah lama berhenti menulis entri baru,
sekarang Najaa kembali aktif dengan menulis cerita-cerita dia.

Jom melawat blog Najaa!

Tuesday, November 15, 2011

Kembang dalam kenangan

Aku ade seekor kucing bernama Kembang.
Dia tak berapa nak jadi kesayangan kepada family aku atas beberapa sebab:
1. abang dia yang bernama Bubu lebih kacak
2. pantang pintu rumah terbuka, dia akan meluru masuk tanpa sempat dihalang!

hanya adik aku, Amna, yang sangat sayangkan Kembang kerana katanya Kembang ini setia.

Pernah suatu hari,
Kembang bersenang lenang dengan baring di tengah-tengah jalan depan rumah aku.
Aku pun berkata kepada Amna:
"Ko tengok kucing ko tu takde kerja baring tengah-tengah jalan".

Pada pagi ini,
aku nampak lagi kembang sedang berbaring di tengah-tengah jalan.
Dalam hati aku:
"Kembang ni suka betul la baring tengah jalan"
sambil menggeleng-gelengkan kepala,
aku pun tidak mempedulikan dia.

Pada tengah harinya,
adik bongsu aku balik dari sekolah dan berkata:
"Along, Kembang mati ke? nampak macam darah je"
Aku pun terkejut,
dan melihat keluar,
yelah, takkan lah dia masih berbaring di tengah jalan dari pagi tadi!
jadi aku pun memanggil namanya.
tapi takde reaksi.
Kalau tak,
bila pintu terbuka,
dia lah yang pertama akan meluru masuk.

Aku tak ade kekuatan untuk pergi tengok dekat-dekat.
mungkin aku akan muntah,
dan mungkin jugak aku akan menangis.

Aku tunggu abah aku balik untuk menguruskannya.
Abah kata dia mati sebab bergaduh.
Mungkin anjing.

Selamat pergi Kembang~
Adik-adikku (Tonah & Amna) juga turut membuat entri tentang pemergian Kembang ini.
gambar dicuri dari Amna. yang oren itu Kembang dan yang putih di belakang itu Bubu

Thursday, September 1, 2011

aidilfitri 2011 - langgar, alor star~


with our makndak, tok & maksu
sepupu2 & anak2 sepupu

kak najat & kak iman

dijah, aina & farah

amna senior & amna junior

najaa, aimi, amal & amna

aisyah & alman

ilyas handsome!

Monday, June 20, 2011

Happy Father's Day, Abah~

Nie post semalam, tp xdpt publish~


video made by: Amna
with help from : Adibah & Fathanah

dan lagi skali,
aku xtolong ape2~
sehari sebelum hari bapa,
adik2 aku tunjukkan video yang da disiapkan kat aku.
tp xkisah,
sebab aku ade je dalam video tu~ ;p

SELAMAT HARI ABAH!!
ilam sayang abah 

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Umi~

amna edit gambar.
diba wat acronym nye.
ilam cuma balas mesej diba dengan:
"acronym tu ape ntah~"
;p
selamat hari ibu, Umi.
Ilam sayang Umi :)

Monday, February 21, 2011

kami sewaktu kecil~

*tonah*amna*diba*aku*
nie aku 4 beradik dalam tahun 1998?
lebih kurang la.
aku pun xpasti~

dulu baju raya kami mesti same.
kalo lain pun, kaler je lain, corak same.
ok, yang gambar kat atas nie same sebijik!
aku pun x tahu nape mak aku suke belikan kami baju same,
sedangkan kami bukan kembar.
kami jarak setahun 4 bulan sorang.

macam mana kami cam baju kami?
haaa...
baju kat atas nie mungkin nampak sama,
tapi ada bezanya~
ape bezanya?
sulaman kat baju tu yang beza.
nampak x yg corak hitam kat hujung lengan tu?
haa.. lain kan tu~

jenuh la kami kene ingat corak sulaman masing2 kan?
tapi jangan terkejut,
memang kadang2 kami ingat.
kalo lupa?
senang je,
tindihkan baju2 tu semua,
dan tengok, yang mana paling besar tu, aku punya la.
yang kedua besar,
adik nombor dua punya la~
dan seterusnya~
bukan susah pun kan?
:)

sweet memory~
aku sayang adik2 aku.
sayang family aku!

ps: tq abah sebab scan gambar nie~

Friday, September 24, 2010

gambar2 family: raya - past tense

2007 - kami berempat je wat tema oren~
2008 - mereke berdua je wat tema sendiri merah~
2009 - ok, xde tema warna. colourful sungguh! xharmoni pun~
2010 - tahun nie baru menjadi 1 family wat tema warna: coklat!


*seperti yg anda lihat, adik aku yg kecik tu (najaa) susah betol nak beri kerjasama~ (betul la ckp umi aku, dia da nak duk situ pun da kire ok ler tu~)*

Wednesday, June 30, 2010

Muzium Padi

cuti2 kedah pulak?
x la... balik kampung sebab kenduri.
sempat singgah Muzium Padi!!



contoh2 padi dari seluruh dunia~


contoh produk yang berasaskan padi



tingkat paling atas, ade platform berputar utk tgk pemandangan sekeliling *pemandangan kedah yg dilukis, bukan yg sebenar*


ok, kami sempat bermain! :)