Showing posts with label facts. Show all posts
Showing posts with label facts. Show all posts

Monday, October 8, 2012

Trypophobia


Saya selalu rasa geram,
geram yang menyebabkan saya gelisah,
apabila melihat sarang anai-anai.
saya akan mengambil pembaris dan memusnahkan sarang tersebut.
Saya juga tidak boleh melihat lubang-lubang halus yang terdapat pada batang pokok yang sedang reput.
Juga tidak boleh melihat lubang-lubang simen pada dinding yang telah diresapi oleh cat.
Saya akan ambil pen dan cucuk walaupun lubang itu tidak akan musnah.
Saya tidak rasa yang ada sesuatu yang tidak kene pada saya.
Tapi pernah juga lah adik saya tanya,
saya ni ada fobia apa-apa ke?

Sehinggalah saya terbaca tentang trypophobia di surat khabar pagi tadi.
barulah saya tahu,
bukan saya seorang saje yang macam tu.


Apa itu trypophobia?
Trypophobia adalah fobia melihat lubang-lubang kecil yang berkumpul bersama.
"Trypo" diambil daripada perkataan greek yang bermaksud lubang.
Contoh paling banyak boleh dijumpai adalah lotus seed pod.
cuba anda search lotus seed pod di google image.
apabila anda melihat gambar lotus seed pod,
adakah satu perasaan asing datang pada anda?
seperti ingin muntah, geli, atau resah?
jika ya, bermakna anda adalah salah seorang daripada trypophobic.
Jika anda lebih berani,
search perkataan "trypophobia" di google image.

Trypophobia tidak diiktiraf sebagai fobia.
tiada dalam kamus.
dan telah dipadam daripada wiki.
Menurut eksperimen yang telah dijalankan, hanya 16% sahaja di antara 300 orang yang di uji mengalami trypophobia.
Punca dan rawatan tidak dikenalpasti kerana belum ada kajian yang mendalam lagi tentang fobia ini.

*saya tidak meletakkan sebarang gambar kerana gambar-gambar trypophobic itu saya tidak suka.*

Thursday, March 10, 2011

kasut tumit tinggi - cantik tapi.....

Cinderella's glass slipper
majoriti perempuan suka kan kasut tinggi.
sape xsuke?
aku pun suka.
cantik.
elegance.
dan bila pakai kasut tumit tingi, otomatik keyakinan kita pun jadi tinggi kan?
lagi-lagi untuk orang rendah macam aku nie,
bila pakai kasut tumit tinggi,
perspektif aku pun jadi lain.
seronok!

xpayah jalan sebab da ade roda~~ weee~~
tapi sebenarnya kasut tumit tinggi ni membawa banyak keburukan.
kasut tinggi memberi tekanan yang lebih kepada kaki depan kita.
bahagian bawah badan kita akan mengunjur ke depan,
dan untuk mengimbangi badan kita,
bahagian atas akan ditolak kebelakang.
ini bukan lah postur badan semulajadi kita.

macam-macam fesyen ada sekarang~
paksaan untuk berada dalam postur begini dalam jangka masa yang lama,
akan menyebabkan kita sakit belakang.
dengan postur begini juga,
otot-otot pinggul dan kaki bekerja lebih keras untuk menggerakkan badan ke hadapan.
otot lutut juga menjadi lebih bengkok daripada asal dan perlu bekerja lebih.

keseimbangan badan tidak stabil dengan kasut tumit tinggi.
risiko untuk terseliuh tinggi kerana pergelangan kaki kita dalam kedudukan berbalik ke arah luar.


bentuk S adalah bentuk normal tulang belakang kita.
fungsinya adalah untuk menyerap hentakan ketika berjalan.
dan mengurangkan tekanan pada tulang belakang.
apabila memakai kasut tumit tinggi,
S itu telah diluruskan.
dengan ini  badan kita akan menunduk ke hadapan,
dan keupayaan semulajadi untuk bergerak kehadapan telah berkurangan,
dan badan kita akan memaksa diri untuk berjalan.
dangan alignment ini,
lama kelamaan akan mengakibatkan penggunaan otot terlebih,
dan sakit belakang.

menakutkan kan?
otot pinggul juga dipaksa untuk bekerja lebih keras.
lama kelamaan,
ini boleh mengakibatkan pengecutan otot.
jika ini berlaku,
tulang belakang akan didatarkan.

osteoarthritis berisiko 2x ganda untuk perempuan.
kasut tumit tinggi menyebabkan lutut berada lebih jauh daripada lantai,
dan menyebabkan tekanan yang tinggi dikenakan terhadap lutut.
ini membawa kepada osteothritis lutut.
otot betis juga turut dipendekkan,
dan mengurangkan kekuatan kaki untuk mendorong badan kehadapan.


tekanan yang berlebihan akan mengakibatkan Haglund's deformity (pump bump),
seperti gambar di bawah ini:

bagi penggemar kasut tinggi, cuba lihat kaki anda, da ada belum bonjolan nie?
kalau kita perhatikan kaki bayi,
kita akan mendapati jari mereka berjauhan.
bandingkan dengan jari kita yg gemar memakai kasut tumit tinggi,
jari-jari kaki kita seperti berhimpitan,
akibat sempit nya duduk dalam kasut tumit tinggi.

kasut tumit tinggi itu bahaya~
bukan lah bermakna kita tidak boleh memakai kasut tumit tinggi langsung.
tetapi sayangi lah kaki kita dengan memakai kasut-kasut yang lebih selesa.
kesian kaki kita yang selama nie menggalas bebanan seluruh badan kita.
kalau nak pakai jugak kasut tumit tinggi,
jangan selalu ok?
kalau da tahu nak keluar berjalan jauh & lama,
pakai lah kasut lain~


cantik kan yang pink tu? suke3!!!

sumber: http://foothealth.about.com/od/shoessocks/a/HighHeelsBad.htm

Sunday, May 23, 2010

Deep Freeze!! (brrrr~~ huhu)


Entry nie mcm bakal sejuk je~~ x!!!
aku tgh panas sebenarnya!!
kenapa??
komputer kat lab PTM yg dijadikan kelas JAVA aku sekarang, semuanya di "deep freeze" kan!

apa itu Deep Freeze?
Deep freeze nie adalah satu applikasi yang boleh digunakan keatas 'operating system (OS)' seperti Window, Linux atau Mac OS. Applikasi ini akan melindungi sistem komputer dengan cara mengembalikan konfigurasi asal setiap kali komputer itu di 'restart' ataupun 'shut down'.

Sekarang tahu sebabnya kenapa aku geram dgn lab PTM tu?
-setiap hari aku kene install balik semua software aku nak guna.
-data aku x boleh disimpan dalam komputer tu, nasib baik aku ade pendrive
-Java pun pihak lab x install kan awal2 sebelum mereka install deep freeze tu padahal nama pun kelas IBM JAVA!!! (software yg di install kan sebelum deep freeze di install akan kekal)

*OK2, aku boleh install program atau simpan data dlm partition D, yg mana partition tu x di deep freeze kn. Tapi, ade sesetengah software, yg mana setup nye x membenarkan software di install di dlm tempat lain selain C, then thats will be a problem!

tapi.. deep freeze nie ada la kebaikkan nya, kalau x, xde la org cipta.
Kebaikkan Deep Freeze:
- komputer akan selamat daripada malware, virus, yg dtg bila data di download dr laman web. (Cyber cafe patut install program nie)
- xperlu update anti-virus, 'windows update' ataupun 'latest version of firewall'.
- xperlu risau tentang kehilangan data, disebabkan 'hackers', 'virus' ataupun 'system crashes'.
- xperlu risau sama ada 'windows systems restore' berfungsi atau tidak.

nak taw lebih lanjut pasal deep freeze?
*aku rujuk sini & situ sebelum menulis*


psstt~~ aku masih geram ;p


Saturday, May 22, 2010

Evening Primrose Oil (EPO)

bunga Evening Primrose

Apa itu EPO?
EPO terhasilnya drpd biji bunga Evening Primrose yg telah dihancurkan.

biji Evening Primrose


Apakah yang terkandung dlm EPO?
Omega-6 Fatty Acid
Linoleic Acid
Gamma Linoleic Acid (GLA)

Apakah kebaikan asid2 tersebut?
Omega-6 Fatty Acid - asid yg x boleh dihasilkan oleh badan tetapi diperlukan utk menyerap insulin, stabilkan keadaan jantung & stabilkan mood.

Linoleic Acid - Membantu badan mengambil insulin, stabilkan berat badan, mencegah kanser & mencegah penyakit jantung.

Gamma Linoleic Asid - mengurangkan pembengkakan & iritasi, merawat penyakit seperti asma, artritis, rosacea & ekzema, & juga mengurangkan ketidakselesaan akibat drpd menstruasi (PMS).

pil EPO


Lagi kelebihan EPO:
mengelakkan kerosakan saraf akibat drpd diabetis.
mengurangkan keadaan kardiovaskular seperti hipertensi dan kolesterol darah tinggi.
meningkatkan imunisasi.

Dos yg dicadangkan:
2 x 500mg setiap hari. juga boleh diambil 3 hingga 6 x 500mg utk merawat penyakit.

Amaran:
Ibu mengandung tidak digalakkan mengambil EPO kerana ianya memberi kesan terhadap hormon dan penghasilan susu.

* aku mkn EPO nie utk mengurangkan PMS. sehari ambil sebiji pil = 1000mg. mmg berkesan. jadi aku berminat nk taw ape kelebihan EPO nie.
apa yg ditulis di atas, dirujuk di:
http://www.naturalherbsguide.com/evening-primrose.html
http://www.vitaminuk.com/pages/articles/eveningprimroseoil.htm
http://health.learninginfo.org/herbs/evening-primrose-oil.htm
http://www.evening-primrose-oil.com/
http://www.essortment.com/lifestyle/benefitssideef_sjkq.htm

ini produk yg aku ambil