Monday, April 23, 2012

Denda dulu, denda sekarang

Siapa waktu sekolah dulu-dulu tak pernah kene denda?
Baiknya kamu!

Saya?
Banyak jenis denda saya pernah lalui~
Saya budak jahat ke dulu?
Selalunya saya kene denda sebab tak buat kerja sekolah la~
Sekolah rendah je tau,
naik sekolah menengah da jadi budak baik da ;p

Yang saya paling tak boleh lupa adalah,
sewaktu saya di darjah 4,
denda pergi ke kelas sebelah,
berjalan dari satu meja ke meja,
sambil menyebut,
"Saya berjanji akan menyiapkan kerja sekolah",
berulang-ulang.
Malu yang amat,
hanya tuhan yang tahu!
Bukan budak-budak kelas sebelah tu tak kenal saya~

Kedua, denda jalan itik.
Yang ini saya tak berapa nak ingat samada saya didenda atau tidak.
Tapi kene berjalan itik dari koridor depan kelas sampai ke koridor kelas seberang!

sumber
Darjah dua pula saya ada seorang ustaz yang garang,
kalau denda beliau mesti suruh berdiri atas kerusi,
dan beliau akan pulas pusat kita~
Sakit woo~~

sumber
Denda-denda lain yang biasa diberi atau lebih tepat lagi,
dilalui oleh saya adalah,
berdiri atas kerusi,
dan
rotan (ini waktu mengaji, salah tajwid dan bacaan sah hinggap satu rotan kat peha).

Ada jugak denda lain yang biasa dilihat tapi saya tak pernah kene la~
Macam tarik sideburn dan tarik telinga,
selalunya budak lelaki la yang kene,
da perempuan kebanyakkannya bertudung.
Ketuk ketampi pun selalu jugak diberi.

Walaupun dengan segala jenis denda ini diberi,
dulu tak pernah pulak dengar kes ibu bapa datang sekolah dan marah cikgu kerana mendenda anak mereka.
Sekarang saya siap diberi nasihat daripada guru lain,
supaya jangan mendenda murid.
Bimbang akan jadi satu kes.
Kini saya hanya boleh memarahi murid jika mereka melakukan kesalahan.
Paling berat pun saya hanya boleh ketuk pembaris dengan kuat pada meja mereka.
Gertak la kononnya.
sebab itulah murid sekarang berani lawan cikgu~
sumber

Monday, April 9, 2012

Budak Zaman Sekarang?

Bukan nak bercakap mengenai isu masalah ramaja zaman sekarang.
Tidak.

Hari ini saya keluar dari sekolah sedikit lewat,
sudah tiba masa untuk murid kafa bahagian petang sampai ke sekolah.
Seperti biasa,
saya akan ke perhentian bas sekolah,
menunggu abah jemput.

Tiba-tiba saya nampak seorang budak,
mungkin darjah 1 atau 2,
sedang meniarap di atas bangku perhentian bas tu.
lebih kurang begini lah rupanya:

Boleh faham ke ilustrasi saya nie?
Saya ingat murid ni tengah bosan tunggu kawan dia.
Bila saya datang dekat,
rupa-rupanya dia tidur!

Tak sampai hati nak kejut,
jadi saya biarkan.
Bila abah sampai,
abah kata "macam pengsan je?"

MakGuard pun datang la kejut murid ini,
kami tunggu dan lihat mana tau betul-betul pengsan ke~

Setelah 3, 4 kali MakGuard tu goncangkan dia,
dengan separa sedar dia beralih kedudukan,
menjadi seperti ini:


Kesian..
mesti dia penat sangat~

Sunday, April 8, 2012

Kelas Teknik Mewarna Kanak-Kanak

Lokasi: Pusat Sumber Pusat Kejiranan Putrajaya Precint 11
Waktu: Sabtu, 10-30 pg - 12.30 tgh hr
Guru: Ahmad Shukri Elias (abah saya)
Lingkuangan umur kanak-kanak: 4 - 10 tahun

Sudah dua minggu saya mengikut abah saya ke kelas ini.
Seronok sebab budak-budak :)

Hari pertama kelas
Abah
Ariana - rajin tolong kemas barang-barang lepas habis kelas :)
Sabrina - anak Kak Naisa yang membantu abah dalam kelas
Minggu kedua main cat!
"tangan saya comot~~"

Friday, March 30, 2012