Sunday, October 30, 2011

Ustaz Ustazah

aku belajar mengaji di masjid ittifaqiyah (sekarang da jadi surau),
di fasa 1 taman seri gombak.
aku belajar mengaji di situ bermula darjah 3 - tingkatan 2.
6 tahun aku mengaji di situ.
3 orang adik di bawah aku juga turut mengaji di situ.
diajar oleh ustaz zaiton dan isterinya (aku tak ingat nama).
lepas daripada tu,
aku berpindah ke puncak alam.

sebelum berpindah,
ustaz ustazah selalu berpesan macam-macam.
antara pesanan yang aku masih ingat,
jangan lupa jaga aurat,
bawa Quran kemana sahaja pergi,
dan mereka juga berpesan untuk jangan lupa kepada mereka
dan hubungi mereka walaupun sudah tidak bergelar anak murid.

selepas berpindah,
kami adik beradik pernah cuba sambung mengaji
di rumah seorang nenek yang berjiran dengan kami.
tapi hanya bertahan 1 hari.
kerana nenek itu lain cara mengajarnya.

kami sangat menghargai ustaz dan ustazah kami.
kalau bukan kerana mereka,
kami tak pandai mengaji macam sekarang.

lepas habis sekolah,
aku mula dapat menghubungi kawan-kawan aku yang turut mengaji di situ melalui facebook.
tapi bila ditanyakan mengenai nombor telefon ustaz ustazah,
tak ada seorang pun yang tahu.
tapi mereka memberitahu yang ustaz ustazah masih sihat.
mereka selalu nampak ustaz ustazah menghadiri kenduri.

kami ada juga beberapa kali melawat jiran lama kami di seri gombak.
tapi tak berkesempatan untuk pergi melawat ustaz ustazah.
kini sudah 8 tahun kami meninggalkan mereka.
aku rasa bersalah.
dan aku juga nak ucapkan terima kasih pada mereka.
dulu kecik lagi tak tahu apa-apa.

akhirnya aku tekad.
semalam aku search nama ustaz di google.
dapat nombor telefon rumah mereka.
kenapa lah aku tak buat macam ni awal-awal kan?
kecanggihan teknologi ada tak nak guna.

aku call rumah ustaz ustazah.
berdebar-debar pun ada jugak.
ustazah jawab.
walaupun ustazah tak ingat kami,
tapi suara ustazah sangat gembira sebab aku call.
aku sangat terharu dengar suara ustazah yang masih macam dulu.
ustazah masih sihat.
terdengar suara ustaz sibuk menyampuk sikit-sikit di belakang.
kelakar.
aku sangat lega dapat mendengar suara mereka.
memang waktu tu rasa macam nak menangis.
ustazah tak putus-putus mintak kami adik beradik datang lawat mereka.

aku mesej adik-adik aku
dan berikan nombor ustaz ustazah.
aku suruh mereka call ustaz ustazah jugak.
kami dah merancang nak pergi melawat mereka hujung minggu depan.
aku tak sabar nak jumpa mereka.
nak lihat muka mereka,
dan senyuman mereka.

*kami adik beradik sangat menghargai jasa ustaz ustazah, kalau lah kami mampu membalasnya~
terima kasih banyak-banyak ustaz, ustazah.

3 comments:

Amna Shark said...

oo.. cam tu lam dpt nombor...

idea semulajadi said...

lama sgt da rase~
nak tggu p lawat ntah bile~
baik call dulu~

dindingkosong said...

tahniah, dah jumpe ustaz n ustazah ^_^