Saturday, February 18, 2012

Perspektif : Identiti & kraf warisan

Semalam,
saya pergi ke UiTM Puncak Alam bersama umi saya.
Untuk pergi ke Bank Islam sebenarnya,
itu yang terhampir.
*sumber*
Kami melalui satu roundabout yang berada di dalam kampus,
yang mempunyai 3 labu sayong gergasi di tengah-tengahnya.

*sumber*
Tiba-tiba umi saya berkata,
"Selangor ni tak ada identiti la, labu sayong ni Perak punya.
Macam juga kelab Shah Alam guna bumbung minangkabau, Negeri Sembilan."

*sumber*
Saya sungguh cemburu dengan umi dan adik saya Amna,
kerana mereka mempunyai semangat cintakan budaya dan adat Melayu yang sangat tinggi.
Mungkin kerana mereka berdua belajar seni halus,
dan mereka lebih mendalami perkara-perkara sebegini.

Sedangkan saya,
ketika umi menyatakan pandangan beliau,
saya membalasnya dengan,
"Tak apalah, apa salahnya?"
Sungguh saya tak faham nilai-nilai ini.

Sekarang, apa yang bermain di fikiran saya adalah,
"Apa kraf warisan negeri Selangor?"

No comments: