Thursday, March 29, 2012

What should i do with the kids?

Setiap kali sebelum saya masuk kelas darjah 1,
saya akan berasa sedikit berat hati.
Kenapa?
Kerana saya selalunya akan keluar dari kelas dengan rasa kecewa pada diri sendiri.

Susahnya mengawal mereka.
sumber
Kalau pada murid darjah 6 yang tak mahu dengar cakap,
saya tak rasa kecewa,
kerana bagi saya mereka dah besar,
dan sebenarnya mereka tahu mana betul mana salah,
cuma kurang disiplin menyebabkan mereka begitu.

Tetapi untuk murid darjah 1,
saya rasa bertanggungjawab untuk membentuk disiplin mereka.
Lagi-lagi saya mengajar mereka matematik,
subjek yang sangat penting dan perlu untuk mereka faham.

Banyak tips yang saya dapat dari guru-guru lain seperti
menghadiahkan gula-gula atau duit pada akhir kelas kepada sesiapa yang paling baik pada hari itu,
kerap memuji mereka apabila mereka lakukan sesuatu yang baik dan suruh kawan-kawan mereka tepuk tangan untuk itu.
Dan saya juga ada terbaca di internet untuk menenangkan murid-murid apabila mereka sudah bosan
dengan suruh mereka berdiri dan melakukan senaman ringan.
saya akan mula mencuba semua tips-tips yang diberi ini.

Setiap hari saya akan memikirkan bagaimana cara yang paling menarik untuk menyampaikan pelajaran.
Esok saya mempunyai 5 masa=2 jam setengah bersama darjah 1.
Saya akan cuba yang terbaik!

5 comments:

Qhazi said...

kesilapan seorang doktor hanya akan melibatkan kehilangan satu nyawa..
Tapi kesilapan seorang guru boleh membuatkan satu kelas (+-30 orang murid) hilang masa depan...

buat dgn serius n ikhlas ye lam,.. gudluck..

idea semulajadi said...

err terima kasih kak sebab ingat kan ilam~ hehe~ jap nk kire budak, 1b 45, 1d 43, 6d, 4c........................................err~

Jue Juenne said...

Bukan 1 tugas mudah nk mendidik budak2 nih. Just don't give up.. Gudluck!

idea semulajadi said...

yup true~ tq~
btw aku mengharapkan sesiapa ley komen bg cadangan cane nk control budak lg2 kalo dorg de pengalaman control budak kn (ditujukan kepada dua org yg komen di atas yeee~~) hehe~

Jue Juenne said...

bdk2 ni suke klu org layan dorg, mksud aku mase dorg tgah2 buat keje tu jln2 la dr meja ke meja, jenguk dorg, layan dorg brckp, bdk2 suke bercerita. Tp jgn smpai dorg x hormat n x takot da r ngan ko. Pastu yg puji tu mmg betol la. Bg hadiah mcm gula2 tu pun ok.