Monday, October 8, 2012
Trypophobia
Saya selalu rasa geram,
geram yang menyebabkan saya gelisah,
apabila melihat sarang anai-anai.
saya akan mengambil pembaris dan memusnahkan sarang tersebut.
Saya juga tidak boleh melihat lubang-lubang halus yang terdapat pada batang pokok yang sedang reput.
Juga tidak boleh melihat lubang-lubang simen pada dinding yang telah diresapi oleh cat.
Saya akan ambil pen dan cucuk walaupun lubang itu tidak akan musnah.
Saya tidak rasa yang ada sesuatu yang tidak kene pada saya.
Tapi pernah juga lah adik saya tanya,
saya ni ada fobia apa-apa ke?
Sehinggalah saya terbaca tentang trypophobia di surat khabar pagi tadi.
barulah saya tahu,
bukan saya seorang saje yang macam tu.
Apa itu trypophobia?
Trypophobia adalah fobia melihat lubang-lubang kecil yang berkumpul bersama.
"Trypo" diambil daripada perkataan greek yang bermaksud lubang.
Contoh paling banyak boleh dijumpai adalah lotus seed pod.
cuba anda search lotus seed pod di google image.
apabila anda melihat gambar lotus seed pod,
adakah satu perasaan asing datang pada anda?
seperti ingin muntah, geli, atau resah?
jika ya, bermakna anda adalah salah seorang daripada trypophobic.
Jika anda lebih berani,
search perkataan "trypophobia" di google image.
Trypophobia tidak diiktiraf sebagai fobia.
tiada dalam kamus.
dan telah dipadam daripada wiki.
Menurut eksperimen yang telah dijalankan, hanya 16% sahaja di antara 300 orang yang di uji mengalami trypophobia.
Punca dan rawatan tidak dikenalpasti kerana belum ada kajian yang mendalam lagi tentang fobia ini.
*saya tidak meletakkan sebarang gambar kerana gambar-gambar trypophobic itu saya tidak suka.*
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment