seperti biasa,
kami akan berhenti rehat di sebuah R&R yang paling selesa di antara semua R&R yang ada.
Sebuah kedai yang sering kami kunjungi di situ untuk makan,
telah ditukar dengan kedai lain.
Tapi kami membuat keputusan untuk mencuba juga kerana sangka kami,
mungkin hanya nama yang ditukar memandangkan keadaan dalam kedai serupa dengan sebelum ini.
Tapi sangkaan kami salah.
Menu punya banyak,
tapi apa yang kami order,
50% tak ada.
Sedap?
Nasi ayam keras walaupun da dituang sup,
(tapi sup nya boleh tahan),
spaghetti rasa macam tepung tak berapa nak masak,
(abah aku tak mampu nak telan pun)
kuah spaghetti tawar.
(tapi meatball nya sedap - segera punya)
Air teh o limau pun tak ada,
padahal teh o panas & sirap limau ada je.
pelik tak?
Teh tarik warna macam nescafe,
& rasanya seperti teh segera.
Harga?
1 item kebanyakkannya hampir RM10 kot.
Harga untuk kami sekeluarga,
da serupa makan kat McD.
kat McD pun kenyang dapat kentang & burger~
Oh, dan jika diabaikan rasa makanannya,
servis nya juga sangat tidak memuaskan.
Penjaga kaunter buat muka penat-nak-jawab-makanan-tu-tak-ada,
(tak paham kenapa mereka tak tampal je di menu kata makanan tersebut tak ada)
3-4 buah meja yang telah ditinggalkan pelanggan tak dikemaskan,
makanan siap lambat.
ye, saya tahu mereka tak cukup kakitangan.
Akhirnya,
selepas berjaya menghabiskan apa yang mampu dihabiskan,
kami masing-masing keluar dan cari makanan lain.
Tak puas makan.
*selepas habis tulis entry ini, ternampak pula gambar ini di fb. err..*
1 comment:
semoga sukses, okeh!
selamat tahon baru!
Post a Comment