Monday, October 8, 2012

Trypophobia


Saya selalu rasa geram,
geram yang menyebabkan saya gelisah,
apabila melihat sarang anai-anai.
saya akan mengambil pembaris dan memusnahkan sarang tersebut.
Saya juga tidak boleh melihat lubang-lubang halus yang terdapat pada batang pokok yang sedang reput.
Juga tidak boleh melihat lubang-lubang simen pada dinding yang telah diresapi oleh cat.
Saya akan ambil pen dan cucuk walaupun lubang itu tidak akan musnah.
Saya tidak rasa yang ada sesuatu yang tidak kene pada saya.
Tapi pernah juga lah adik saya tanya,
saya ni ada fobia apa-apa ke?

Sehinggalah saya terbaca tentang trypophobia di surat khabar pagi tadi.
barulah saya tahu,
bukan saya seorang saje yang macam tu.


Apa itu trypophobia?
Trypophobia adalah fobia melihat lubang-lubang kecil yang berkumpul bersama.
"Trypo" diambil daripada perkataan greek yang bermaksud lubang.
Contoh paling banyak boleh dijumpai adalah lotus seed pod.
cuba anda search lotus seed pod di google image.
apabila anda melihat gambar lotus seed pod,
adakah satu perasaan asing datang pada anda?
seperti ingin muntah, geli, atau resah?
jika ya, bermakna anda adalah salah seorang daripada trypophobic.
Jika anda lebih berani,
search perkataan "trypophobia" di google image.

Trypophobia tidak diiktiraf sebagai fobia.
tiada dalam kamus.
dan telah dipadam daripada wiki.
Menurut eksperimen yang telah dijalankan, hanya 16% sahaja di antara 300 orang yang di uji mengalami trypophobia.
Punca dan rawatan tidak dikenalpasti kerana belum ada kajian yang mendalam lagi tentang fobia ini.

*saya tidak meletakkan sebarang gambar kerana gambar-gambar trypophobic itu saya tidak suka.*

Saturday, October 6, 2012

Lin Handmade Greetings Card October 2012 Blog Giveaway

Another giveaway from LHGC!
click the picture to join~

Friday, October 5, 2012

Pengalaman makan :)

Ini cerita minggu lepas.
Tapi baru berpeluang menulis di sini kerana sibuk.

Adik saya adibah mempunyai seorang kenalan yang tinggal di mukah, Ain.
Hujung minggu lepas Ain telah membawa saya bermalam di rumahnya selama 2 hari.
saya telah berpeluang merasa macam-macam jenis makanan yang saya tak pernah tau pun kewujudannya selama ni.
Sagu & Ikan goreng
Sagu ni kalau tak salah saya, makanan ruji orang melanau dulu-dulu.
Jadi macam makan nasi dengan ikan lah.
Tapi sagu nie keras. macam maruku pun ada.
jadi saya cubit ikan dan amik sebiji sagu. makan.
sedap! sagu rasa macam kelapa, berlemak.
bertentangan dengan ikan yang lembut.
Rasa mereka melengkapi satu sama lain.

Durian Hutan
Tekstur nya macam durian.
Tapi isinya tak setebal durian.
Rasanya pulak, agak berangin (mint).

Linut
Kalau di sarawak, dipanggil Linut.
Tapi kalau di sabah, dipanggil ambuyat.
Rasanya tawar je.
teksturnya pulak macam dodol tak berperisa.
Linut dimakan bersama kuah asam+garlic.
Kuah nya lah yang paling saya suka. sedap.
Dan linut juga dimakan bersama sayur-sayuran.
Linut bersama kuahnya
Saya lihat keluarga kawan saya yang makan linut,
mereka tak makan nasi.
Sebab linut saje sudah kenyang.
linut diperbuat daripada sagu.
Gambar-gambar linut di atas saya google saje.
Ini gambar linut yang saya makan.

Saya berpeluang merasa linut sebab ain membawa saya ke rumah makciknya untuk gotong royong kenduri.
Hari itu juga saya berpeluang merasa buah terap.
buah terap
rupa luarannya macam cempedak.
tapi isinya putih dan lebih kecil.
tak tahu nak terangkan macam mana rasanya.
bijinya kecil je.
isinya lembut.
sedap.

Pada hari kenduri pulak, saya dapat merasa macam-macam jenis kek lapis!

1st time jugak jumpa org ptong tembikai macam nie, senang nak pegang kata mereka~

Dank ketika ain menghantar saya balik ke politeknik,
Ain membawa saya makan ABC Milo.
Tak pernah lagi saya jumpa ABC Milo.
ABC Milo

Nanti saya nak cuba macam-macam lagi jenis makanan baru.
Bahasa Melanau pun ada juga saya belajar sikit-sikit sekarang~

Friday, September 14, 2012

Akhirnya Mukah


nak update status kat facebook tak boleh sebab facebook kene block waktu ofis hour~
jadi terajin la pulak untuk update blog nie~
jadi semalam saya selamat sampai ke sibu 10pagi.
pemandu poli dengan baik hatinya bawak saya dan abah jalan-jalan di sibu sementara menunggu orang lain yang dia perlu ambil pada pukul 2 petang.
jadi ini gambar-gambar yang abah snap waktu dekat sibu.
Airport Sibu
Kenderaan PMU
singgah central market sibu dan jumpe macam-macam benda yang tak pernah tengok sebelum nie
Buah Dabai
Buah Dabai ini lah sebab mengapa kami singgah central market.
Sorang staf ingin membeli buah dabai ni untuk bawa balik ke semenanjung.
buah dabai ni kene masak sebelum makan.
rendam dengan air suam dan bubuh kicap atau garam. (kalau tak salah saya  itulah yang diterangkan pemandu)
saya berpeluang merasa buah dabai ini.
pekedai tu bagi cuba.
sekarang musim buah dabai, dan buah ini cuma ada di sibu sahaja.
Labu kot
Luar macam buah kelapa, dalam macam durian gergasi pulak~
Tak pernah saya jumpa orang jual ayam macam ni
ulat sagu kot~ tak boleh makan ea ini~
Durian hutan. kecil je~
Kemudian kami pergi makan.
Saya makan nasi berlauk biasa je.
abah makan mee apa entah. 
Rupa macam maggy goreng. Sedap!
Akhirnya setelah 2 jam perjalanan menaiki kereta tapi rasa macam naik kuda,
kami sampai ke politeknik mukah.
lepas sudah lapor diri,
saya ditenpatkan  di Dabai Inn sementara dapat rumah tetap.
Bilik saya di Dabai Inn
Ok,
sangat bosan sebenarnye sekarang nie duduk di ofis tak buat apa-apa.
Bila nak habis waktu ofis ni....
4.30, silalah datang cepat~~