Saturday, January 14, 2012

To my Parents:

Ini masih dalam cabaran 10 perkara dalam 10 hari,
dan ini merupakan hari ke-4 yang mana bertajuk
10 things you want to say to 1 person.
jadi saya memilih ibubapa saya.
memandangkan perkara yang saya ingin sampaikan kepada ibubapa saya adalah sama,
jadi saya menganggap ianya sah laku sebagai seorang :)



1. Maafkan ilham sebab menjawab.
2. Maafkan ilham sebab tak dapat kawal panas baran.
3. Maafkan ilham sebab kadang-kadang terlupa menjaga tingkah laku sebagai seorang anak.
4. Maafkan ilham sebab buat umi abah menangis dan marah.
5. Maafkan ilham sebab tak reti nak mintak maaf secara berdepan.
6. Terima kasih sebab jaga ilham dengan sempurna sampai sekarang.
7. Terima kasih sebab selalu penuhi permintaan ilham.
8. Ilham gembira bila umi abah gembira.
9. Ilham janji akan balas jasa umi abah sebaik mungkin.
10. Ilham sayang umi abah sangat-sangat sangat-sangat!

Malulah >~<

2 comments:

Lo Lol said...

Gud girl. Ada pulak nak malu... haha

nur adibah ahmad shukri said...

aww....comelnye....