Aku ada tulis tentang keinganan aku mencuba BB Cream bulan lepas di sini.
Setelah berjaya memiliki BB Cream 20ml dgn harga RM19.90,
dan telah memakainya lebih kurang seminggu,
ini adalah pandangan aku mengenai produk ini:
Kelebihan:
1. Senang rata.
Tak perlu risau pasal warna tak rata atau sapuan tidak sekata macam bila kita pakai foundation. Pemakaiannya seolah-olah memakai krim moisturizer yang mempunyai warna.
2. Warnanya akan blend dengan warna kulit.
Mula-mula aku risau jugak nak cuba sebab hanya ada satu tona warna. Takut nanti tak sesuai pula dengan warna kulit aku yang gelap ni. Tapi warnanya seolah-olah akan blend dengan warna kulit kita kemudian kerana lepas aku pakai, tak ada pulak nampak macam aku pakai bedak terlebih tebal atau pakai foundation warna yang lebih cerah. tak ada semua tu. just nice.
3. Tona warna kulit nampak lebih sekata.
Untuk pengetahuan korang, aku mempunyai lingkaran hitam yang jelas ketara di bawah mata aku. tapi satu hari selepas aku pakai BB Cream ni, ada seseorang menegur aku dan mengatakan yang eyebag aku da tak kelihatan. Tapi bila aku da cuci muka, aku nampak sama je muka aku, takde apa-apa perubahan, jadi aku rasa ianya disebabkan BB Cream ini, maka tak ternampaklah lingkaran hitam tu.
4. Warna tidak terjejas akibat peluh.
Perasan tak, kadang-kadang ada beberapa jenis foundation atau bedak compact yang akan terjejas warnanya apabila kita berpeluh? Selepas berpeluh, bedak di muka akan kelihatan tidak sekata sebab peluh da basuh bedak tersebut di beberapa bahagian. Aku memang benci bila keadaan jadi macam nie. Lagi-lagi di bahagian kelopak mata. nanti akan ada satu garisan bedak yang akan mengikut garis kelopak mata kita disebabkan peluh. Tapi BB Cream ni takde masalah tu. Walaupun kita berpeluh, warna nya kekal dan bila kita kesat peluh tersebut, tidak ada warna yang tertanggal di tisu. Seolah-olah macam kita tak pakai sebarang bedak.
Kekurangan:
1. Tidak menutup kesemua cela.
Disebabkan ianya adalah gabungan moisturizer dan foundation, jadi ianya juga bertindak sedikit sebanyak seperti cream moisturizer. BB Cream ini tidak menutup kesemua cela yang terdapat di muka kita. Jika anda mempunya jerawat yang jelas kelihatan, ianya masih memerlukan concealer untuk menutupnya sehingga tak nampak. Tapi BB Cream ini berkesan dalam menutup tona tidak sekata, merah-merah kulit, liang roma kecil dan parut jerawat yang tidak timbul.
2. Selepas beberapa jam pemakaian, kulit kelihatan berminyak.
Anda masih perlu melapisi muka dengan bedak selepas mengenakan BB Cream kerana selepas beberapa jam pemakaian, muka akan kelihatan lebih berminyak daripada biasa. tapi tak adalah teruk sangat. ianya boleh dilapisi dengan bedak sekali lagi. Apa yang aku dapat tahu, BB Cream maybelline takde masalah ini. mungkin lepas nie boleh cuba BB Cream maybelline pula~
Setakat ini sahaja.
Jadi aku rasa BB Cream garnier ini mempunyai lebih banyak kelebihan daripada keburukan.
Mungkin jika aku bandingkan dengan BB Cream jenama lain,
lebih banyak aku dapat senaraikan.
Harap-harap review ini dapat membantu sesiapa yang sedang buat penilaian dalam pemilihan BB Cream :)
*aku baca review Garnier BB Cream di sini, dan penulis ini juga mempunyai pendapat yang sama.*
4 comments:
eerr..untuk lelaki, mekap ape ye sesuai?hahaha
errr.. *.*
wahhh...nak try la pkai bb cream nnt...tenks for sharing... :)
welcome~ sile2~ bukan aku pun kuar duit~ haha~
Post a Comment