Friday, October 5, 2012

Pengalaman makan :)

Ini cerita minggu lepas.
Tapi baru berpeluang menulis di sini kerana sibuk.

Adik saya adibah mempunyai seorang kenalan yang tinggal di mukah, Ain.
Hujung minggu lepas Ain telah membawa saya bermalam di rumahnya selama 2 hari.
saya telah berpeluang merasa macam-macam jenis makanan yang saya tak pernah tau pun kewujudannya selama ni.
Sagu & Ikan goreng
Sagu ni kalau tak salah saya, makanan ruji orang melanau dulu-dulu.
Jadi macam makan nasi dengan ikan lah.
Tapi sagu nie keras. macam maruku pun ada.
jadi saya cubit ikan dan amik sebiji sagu. makan.
sedap! sagu rasa macam kelapa, berlemak.
bertentangan dengan ikan yang lembut.
Rasa mereka melengkapi satu sama lain.

Durian Hutan
Tekstur nya macam durian.
Tapi isinya tak setebal durian.
Rasanya pulak, agak berangin (mint).

Linut
Kalau di sarawak, dipanggil Linut.
Tapi kalau di sabah, dipanggil ambuyat.
Rasanya tawar je.
teksturnya pulak macam dodol tak berperisa.
Linut dimakan bersama kuah asam+garlic.
Kuah nya lah yang paling saya suka. sedap.
Dan linut juga dimakan bersama sayur-sayuran.
Linut bersama kuahnya
Saya lihat keluarga kawan saya yang makan linut,
mereka tak makan nasi.
Sebab linut saje sudah kenyang.
linut diperbuat daripada sagu.
Gambar-gambar linut di atas saya google saje.
Ini gambar linut yang saya makan.

Saya berpeluang merasa linut sebab ain membawa saya ke rumah makciknya untuk gotong royong kenduri.
Hari itu juga saya berpeluang merasa buah terap.
buah terap
rupa luarannya macam cempedak.
tapi isinya putih dan lebih kecil.
tak tahu nak terangkan macam mana rasanya.
bijinya kecil je.
isinya lembut.
sedap.

Pada hari kenduri pulak, saya dapat merasa macam-macam jenis kek lapis!

1st time jugak jumpa org ptong tembikai macam nie, senang nak pegang kata mereka~

Dank ketika ain menghantar saya balik ke politeknik,
Ain membawa saya makan ABC Milo.
Tak pernah lagi saya jumpa ABC Milo.
ABC Milo

Nanti saya nak cuba macam-macam lagi jenis makanan baru.
Bahasa Melanau pun ada juga saya belajar sikit-sikit sekarang~

7 comments:

Amna Shark said...

Abc milo.... Slurp~~~~

cik mici said...

xkan dapat diet lg la ye...hehe

cheequey said...

Yeap..kat sabah linut = ambuyat.
Terap @ kt sbh ktorg pgl tarap..sdap kn?bt cucur pn sodap jg..hehehe

idea semulajadi said...

amna: tp dorg bukan pkai serbuk milo pun~ koko ape ntah dorg gune~ milo mahal xkn dorg nk letak byk2 mcm tu~

along: haha~ rumah ilam aras 5 taw~ hr2 exercise~

faezah: nnt aku cuba la buat cucur~ mesti bez mcm cmpedak gorg~

nur adibah ahmad shukri said...

comel tembikai tu.

idea semulajadi said...

diba: ilam pun tlg ptong tembikai tu jd mcm tu~

Anonymous said...

Casino Site » Best online casino games
⭐ Best casino site to play games 바카라 for free or real deccasino money on 【Casino Site】✔️ 카지노 Casino ✓ New Zealand Mobile ✓ Best Casino Sites Online!