Saturday, February 5, 2011

resepi lasagna for my roomate~

Sos Bolognese (sama macam sos untuk spegheti)


1. cincang 1 biji bawang besar, 2 ulas bawang, & 1/2 inci halia ke dalam periuk.
2. tumis sampai bau harum naik.
3. masukkan daging cincang 1 paket.
4. lepas daging da masak, masukkan 1 tin sos spegheti siap(boleh didapati di kedai).
jenama nie contoh je. pakai la jenama ape pun~

5. bila sudah mendidih, masukkan perencah seperti pepper, garam, dan oregano secukup rasa~
jenama nie contoh je. pakai la jenama ape pun~


Sos Bechamel

1. cairkan 3 sudu butter ke dalam kuali.
2. masukkan tepung gandum 2 sudu besar dan kacau cepat2 menggunakan garfu.
3. bila sudah berderai, kecilkan api.
4. tuang 1 cawan (250 ml) susu perlahan2 sambil teruskan mengacau.
5. teruskan kacau sehingga pekat.
6. masukkan garam dan pepper secukup rasa.

Lasagna

lapisan 1. letakkan kepingan pasta lasagnsa memenuhi permukaan acuan bakar.
jenama nie contoh je. pakai la jenama ape pun~

lapisan 2. bubuh sos bolognese atas lapisan 1; kepingan pasta tu (tebal sos ikut citarasa).
lapisan 3. susun lagi kepingan pasta atas lapisan 2; sos bolognese tadi.
lapisan 4. bubuh pulak sos bechamel atas lapisan 3; pasta tadi.
lapisan 5. ulang lapisan 1 hingga lapisan 4 sehinggalah ke lapisan n (sampai da penuh tinggi acuan, jangan penuh sangat, kang bakar, melimpah)
ok, lepas tu, taburkan keju mozarella yang da diparut ke atas lapisan n (pastikan lapisan n yang terakhir ini adalah sos, samada sos bolognese ataupun sos bechamel. kalo x, keju x melekat)
jenama nie contoh je. pakai la jenama ape pun~
ok. sekarang, bakar lasagna dalam oven bersuhu 180C selama 20 minit/ sehingga masak.

SIAP!!!
cadangan hidangan

*khas untuk irra, sorry, sebenarnye kite da niat nak bawak balik lasagna untuk irra, tapi sayangnya kita ada kenduri dan dari kenduri tu kite terus p airport. jadi xdapat la nak sediakan lasagna nie~ bukan rezeki nampaknya. mungkin lain kali ok?

3 comments:

sir said...

bley je ko msk..kate xpndai?
hihi..

❤NazirahMoktar❤ said...

pandai2..nanti leh la aku amik resepi nih..

idea semulajadi said...

sir: nie resipi mak aku la~~ aku penah wat skali je tapi dgn mak aku tengk kan 1 1 la~~

naz: sile2~~ sedap weyh~~