Wednesday, March 30, 2011

2 tahun dahulu~

pada suatu masa dahulu,
seorang gadis telah bertemu dgn seorang jejaka.
si gadis agak tertarik dgn personaliti jejaka tersebut.
tapi dia tidak mempunyai sebarang perasaan tertentu terhadap jejaka itu.
dia cuma suka memerhatikan gelagat jejaka itu sahaja.

setelah beberapa hari memerhati kan jejaka itu,
dia perasan yg jejaka ini meminati seseorang.
dia nmpak usaha yg jejaka ini lakukan utk memenangi hati perempuan itu.
dia xkisah, bukan nya seperti dia menaruh harapan pun pada jejaka itu.
tapi dia tetap bermonolog dalam nada gurauan,
"aisyh~ melepas la aku nampaknya~ ;p "

selang beberapa bulan,
si gadis telah pun melupakan tentang jejaka ini.
dia sudah tidak lagi memerhatikan jejaka tersebut.

suatu malam, dia mendapat peluang untuk berchating dengan jejaka tersebut.
dia berasa seronok berchating dengan jejaka tersebut.
sejak dari malam itu,
si gadis menunggu si jejaka untuk online.
setiap malam.
tetapi nampaknya penantiannya hanya sia-sia.

selepas cuti semester tamat,
si gadis tidak lagi mendapat peluang untuk online.
lalu dia bertekad untuk mendapatkan nombor hp jejaka tersebut.
dan dia berjaya!
terima kasih kepada seseorang.

sejak daripada itu,
si gadis selalu nampak jejaka itu.
tapi dia x berani nak memulakan perkenalan melalui hp.
jadi dia hanya pendamkan sahaja niatnya itu.

tidak lama selepas itu,
terdapat satu aktiviti di mana mereka berdua terlibat.
akhirnya si gadis memberanikan diri untuk memberi mesej "selamat berjaya" kepada jejaka tersebut.
dan dia mendapat balasan yg positif :)
bermula lah perkenalan mereka daripada itu.

hari ini, sudah dua tahun mereka berkawan :)
si gadis sayangkan si jejaka~

cerita ini sungguh panjang dan skema~

Saturday, March 26, 2011

you tube pun ber earth hour jugak~


ini page you tube~
nampak x suiz lampu dalam bulatan (bulatan ker?) merah tu?
buka you tube anda dan
cuba anda klik suiz tersebut~

woah!!!
lampu da tutup (excited lebih)~
you tube pun sokong earth hour~
lampu bilik aku pun dipadamkan sekarang.
anda bagaimana?

ps: seronok main click2 suiz lampu you tube~ kalau buat kat lampu bilik, nnt terbakar plak lampu~

Monday, March 21, 2011

Its "ALL THAT" !


All That.
Siri Nickelodeon yg ditayang kan di TV pada tahun bila pun aku x pasti.
tapi waktu tu aku masih bersekolah la~
mungkin sekitar awal 2000.

di bawah ni salah satu episod yang aku suka.
Trashin Fashion.
yang dilakonkan oleh Jamie Lynn Spears(adik Britney Spears) yang masih kecik lagi.
Dalam Trashin Fashion,
pengacara nya carlee & marlee akan mengkritik fasyen orang lain.
tapi dalam episod yang aku sertakan ni,
mereka yang dikenakan balik~

teringat zaman kecik2 dulu.
memang xnak terlepas tengok All That kat TV.
jadi, harap korg enjoy dgn video nie.
kalo nak lagi,
cari je kat youtube~


episod lain yang menarik:
*know your star
*2-gether 4-ever
*the unreal world
*tilt-a-hurl
*randy quench, voleenteer fireman
*sugar and coffee
*sunshine sally


xingat la pulak season berapa waktu aku tgk (ada 10 season semua), tapi inilah pelakon2 nya
ps: dorg memang best, rindu giler kot nak tgk balik semua episod~

Kempen "Aurat Saya, Maruah Saya"


Klik gambar untuk ke halaman kempen 
Aurat Saya Maruah Saya

Tuesday, March 15, 2011

tips nak dapat asrama

minggu ni adalah minggu untuk mengisi borang permohonan asrama.
selama 3 tahun aku duk kat UMT nie,
aku xpernah duk luar.
kenapa?
sebab utama:
aku xde transport.
kaki nie je la satu2 nye cara untuk aku p kampus.
aku pun nak mohon asrama jugak untuk sem depan.
(kos IT 4 tahun??? jgn banyak tanya ;p )

macam mana aku dapat asrama selama 2 tahun nie?
xtermasuk 1st year sebab mmg semua pelajar dapat asrama
ok,
aku mohon bawah kebudayaan.
mungkin tu salah satu sebab kenapa dapat kot.
orang kata kebudayaan senang dapat, tataw la betol ke x, coz ade je junior2 aku yg xdpt.
Tapi kunci utama sebenarnye:
kene aktif.
xkira lah aktif kelab ke,
aktiviti asrama ke,
yang penting borang penuh dengan aktiviti.

1st year, aku memang aktif.
tapi 2nd year, tak!
sikit sangat aktiviti aku.
xlebih 10 pun rasanye~
macam mana aku dapat lak kan?

nie tips yang ex-roomate aku bagi.
*isi je aktiviti2 dari tahun 1 walaupun waktu tu kita mohon untuk tahun 3 (patutnya isi tahun 2 punye aktiviti je la kan? bedal je~ sertakan semua sijil dari tahun 1 selalunya pelajar memang aktif kat 1st year)
ok,
*untuk pelajar tahun akhir pulak,
anda boleh buat surat rayuan siap2 (nampak gaya aku akn guna lg taktik nie).
bagi lah sebab2 seperti:
-perlu selalu pergi lab/perlu selalu jumpa SV untuk FYP,
& xde transport.
-perlu selalu pergi library untuk dapatkan rujukan FYP nie memang tipu r~
-perlu menggunakan UMT hotspot untuk mencari rujukan konon laju plak kan~ & konon duit PTPTN memang x cukup nak buat bayar broadband~
-aktiviti kelab/kelas selalu diadakan pada malam hari~
Surat rayuan mestilah surat rasmi dan alamat penerima letak alamat pejabat kolej kediaman.
Surat tu mesti dapat sokongan pensyarah (kalau boleh pembimbing siswa korang kenal x sape pembimbing siswa korang? & disahkan oleh ketua jabatan)
*untuk aktiviti yang xde sticker/sijil (selalunya aktiviti2 kecil dalam ahli kelab je), mintak penasihat cop & tanda tangan jangan x tulis. janji penuh~

tapi ini semua hanya usaha yang kita boleh lakukan.
rezeki di tangan tuhan.
lepas usaha, kita doa, & kemudian tawakal.
semoga sesiapa yang mohon tu dapat ye~

ps: aku pun harap sangat aku dapat. da la da xde kawan2 da kat luar tu. semua nye nak grad da sem nie~

Monday, March 14, 2011

fried wantan the chicken rice shop

aku pergi ke Picom PC fair di Terengganu Trade Center pada hari terakhir PC fair itu.
hajat di hati ingin membeli sebuah beg laptop,
untuk bawa laptop pergi praktikal nanti.
aku x suka beg galas belakang,
jadi aku mencari beg galas tepi.

ini lah lebih kurang rupa beg yang aku dapat:
masalahnya aku punye warna hitam n berbunga biru - xde pilihan lain da~

lepas da habis shopping,
kami pergi makan dekat chicken rice shop giant.
ok, 
ini lah yang aku nak cerita sebenarnya.
fried wantan kat sini sangat sedap ok!!!
bukan sebab aku terlalu lapar jadi aku cakap sedap.
aku da habiskan 1 pinggan nasi ayam & da sgt kenyang da pun,
baru aku makan fried wantan tu.
sedap!

kamu semua mesti cuba ok?
sesiapa ada nak pergi giant,
inform aku ok?
nak kirim fried wantan lg~
;p

Thursday, March 10, 2011

kasut tumit tinggi - cantik tapi.....

Cinderella's glass slipper
majoriti perempuan suka kan kasut tinggi.
sape xsuke?
aku pun suka.
cantik.
elegance.
dan bila pakai kasut tumit tingi, otomatik keyakinan kita pun jadi tinggi kan?
lagi-lagi untuk orang rendah macam aku nie,
bila pakai kasut tumit tinggi,
perspektif aku pun jadi lain.
seronok!

xpayah jalan sebab da ade roda~~ weee~~
tapi sebenarnya kasut tumit tinggi ni membawa banyak keburukan.
kasut tinggi memberi tekanan yang lebih kepada kaki depan kita.
bahagian bawah badan kita akan mengunjur ke depan,
dan untuk mengimbangi badan kita,
bahagian atas akan ditolak kebelakang.
ini bukan lah postur badan semulajadi kita.

macam-macam fesyen ada sekarang~
paksaan untuk berada dalam postur begini dalam jangka masa yang lama,
akan menyebabkan kita sakit belakang.
dengan postur begini juga,
otot-otot pinggul dan kaki bekerja lebih keras untuk menggerakkan badan ke hadapan.
otot lutut juga menjadi lebih bengkok daripada asal dan perlu bekerja lebih.

keseimbangan badan tidak stabil dengan kasut tumit tinggi.
risiko untuk terseliuh tinggi kerana pergelangan kaki kita dalam kedudukan berbalik ke arah luar.


bentuk S adalah bentuk normal tulang belakang kita.
fungsinya adalah untuk menyerap hentakan ketika berjalan.
dan mengurangkan tekanan pada tulang belakang.
apabila memakai kasut tumit tinggi,
S itu telah diluruskan.
dengan ini  badan kita akan menunduk ke hadapan,
dan keupayaan semulajadi untuk bergerak kehadapan telah berkurangan,
dan badan kita akan memaksa diri untuk berjalan.
dangan alignment ini,
lama kelamaan akan mengakibatkan penggunaan otot terlebih,
dan sakit belakang.

menakutkan kan?
otot pinggul juga dipaksa untuk bekerja lebih keras.
lama kelamaan,
ini boleh mengakibatkan pengecutan otot.
jika ini berlaku,
tulang belakang akan didatarkan.

osteoarthritis berisiko 2x ganda untuk perempuan.
kasut tumit tinggi menyebabkan lutut berada lebih jauh daripada lantai,
dan menyebabkan tekanan yang tinggi dikenakan terhadap lutut.
ini membawa kepada osteothritis lutut.
otot betis juga turut dipendekkan,
dan mengurangkan kekuatan kaki untuk mendorong badan kehadapan.


tekanan yang berlebihan akan mengakibatkan Haglund's deformity (pump bump),
seperti gambar di bawah ini:

bagi penggemar kasut tinggi, cuba lihat kaki anda, da ada belum bonjolan nie?
kalau kita perhatikan kaki bayi,
kita akan mendapati jari mereka berjauhan.
bandingkan dengan jari kita yg gemar memakai kasut tumit tinggi,
jari-jari kaki kita seperti berhimpitan,
akibat sempit nya duduk dalam kasut tumit tinggi.

kasut tumit tinggi itu bahaya~
bukan lah bermakna kita tidak boleh memakai kasut tumit tinggi langsung.
tetapi sayangi lah kaki kita dengan memakai kasut-kasut yang lebih selesa.
kesian kaki kita yang selama nie menggalas bebanan seluruh badan kita.
kalau nak pakai jugak kasut tumit tinggi,
jangan selalu ok?
kalau da tahu nak keluar berjalan jauh & lama,
pakai lah kasut lain~


cantik kan yang pink tu? suke3!!!

sumber: http://foothealth.about.com/od/shoessocks/a/HighHeelsBad.htm

Tuesday, March 8, 2011

does first love is that hard to forget?

temuduga blogger daripada majalah Mahligai Idea bersama miss S(bukan nama sebenar) daripada (tempat yang perlu dirahsiakan);

kite mulakan sekarang ye miss S

blogger: adakah anda masih ingat kepada cinta pertama anda?
miss S: ya, "♪♫ sekali sekala ada rindu yang datang tiba-tiba ♪♫."
blogger: (menyanyi plak minah S nie)

blogger: adakah ini bermaksud anda masih menyayangi si dia?
miss S: oh tidak. sama sekali tidak. kami berakhir dengan sungguh menyakitkan sekali. tetapi masih, kenangan manis yang pernah wujud menyebabkan kadang-kadang si dia muncul di hati.

blogger: jika diberi peluang, adakah miss S akan kembali bersama si dia?
miss S: a big NO-NO~ kami da pernah cuba kembali bersama setelah berpisah. tetapi pengakhirannya lagi teruk daripada perpisahan pertama. jadi xdapat saya bayangkan jika kami bersama untuk kali ke3. kami memang bukan ditakdirkan untuk bersama.

blogger: bilakah saat-saat yang anda akan tiba-tiba teringatkan si dia kembali?
miss S: bila bergaduh dengan boyfriend sekarang kot~ hahaha~~

blogger: kenapa?
miss S: entah la, saya tidak ada jawapan untuk soalan miss blogger tu. yang pasti, saya memang hanya akan teringat si dia bila gaduh dengan boyfrien sekarang je~
blogger: (psst~~ pembaca sekalian ada idea x kenapa miss S sendiri x tahu? saya nie bukan psychologist)

blogger; adakah miss S masih berhubung dengan si dia?
miss S: tidak. dia sudah pun mempunyai girlfriend, nanti tak pasal-pasal saya kene serbu pulak dengan girlfriend dia. lagipun saya pun x suka jika ex kepada boyfriend saya hubungi boyfriend saya lagi. Plus, saya xmahu la si dia ingat yang saya masih teringatkan dia. saya nak biar dia rasa yang saya sedang bahagia dengan hidup saya sekarang tanpa dia.
blogger: (wow, ego betul miss S ini)

miss S: miss blogger ade nak tanya apa-apa lagi x?
blogger: (eh, dia pulak tanya soalan) Ada, tapi bukan untuk miss S, tetapi untuk pembaca-pembaca di luar sana. Adakah anda masih ingat pada cinta pertama anda? adakah benar cinta pertama itu susah benar hendak dilupakan? saya ingin tahu jawapan anda semua. jawapan boleh la dihantar dengan komen entry~ 
terima kasih kerana bersama wawancara majalah Mahligai Idea :)

semuanya nombor 1~

tanggal tarikh seperti entry ini dipublish:


suke :)

Bahasa mencerminkan rupa~

 Komunikasi amat penting dalam kehidupan.
untuk berkomunikasi memerlukan bahasa.
& bahasa yang baik membawa kepada komunikasi berkesan.
komunikasi berkesan dapat menyelesaikan masalah dengan aman tanpa persengketaan.

1 page dibuka untuk memudahkan ahli menyuarakan pandangan.
sudah menunjukkan pihak admin mengambil berat untuk mendengar (membaca) aduan.
hak mereka kalau mereka taknak tubuhkan pun page tu.
tapi mereka tetap lakukan.
supaya semua ahli mudah menyuarakan pandangan.

tapi,
adakah ahli-ahli berterima kasih atas usaha admin?

tidak salah menyuarakan ketidakpuasan masing-masing.
tetapi kenapa tidak menggunakan bahasa yang elok?
rugi kah anda?
dibuatnya admin sakit hati sewaktu membaca ayat pertama anda,
lantas mengambil keputusan untuk tidak membaca terus pendapat anda?
ha.. di situ barulah anda rugi.

jika anda menyatakan ketidakpuasan hati anda dengan sopan santun,
bukan kah menyenangkan hati admin untuk mempertimbangkan pendapat anda.
hormati orang lain untuk dihormati.

bila ada suara-suara yang menegur bahasa anda,
ada pula suara-suara sumbang yang berkata:
"bila berbudi bahasa kite senang dipijak..org slalu amek kesempatan kat kite"
"jangan jadi terlalu skema"
"dunia politik luar pun bahasa xterjaga"

bak kata seorang ahli: "yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan"
betul kan?
kenapa kite perlu mencontohi yang buruk?
bukan kah kite telah nampak kesan-kesannye?

ahli-ahli page itu semuanya boleh dikatakan berintelektual.
mengapa menggunakan bahasa yang x mencerminkan pun intelektual itu?

maafkan aku jika entry ini menyebabkan ade orang sakit hati.

Sunday, March 6, 2011

my blog's faces (bukan faceblog ok)

sebenarnya aku nak post nie waktu blog aku sambut birthday setahun, Jan lepas~
tapi aku lupa.
jadi, inilah dia:
rupa-rupa muka blog aku sepanjang aku berblogging~

aku pilih template nie sebab de keyboard & mouse. aku kan dak komputer

first time gune 3 column~ x tahan serabut~

first time wat banner sendiri. tp de prob: banner kuar double (dlm gmbar nie xnmpak sebab aku da crop)

same tema mcm num 2 kat atas - tp yg 2 column punye~

ok~ sekarang punye~ berjaya wat banner sendiri!!
rupanya masalah size gambar yg dipilih je selama nie menyebabkan jd double~
banner simple + x menarik = bru testing je~

nampak x?
warna wajib ada = pink purple!
comel kan~~~ ;p

Friday, March 4, 2011

solat rawatib~ jom?

solat rawatib = solat sunat yang mendampingi solat fardhu sama ada sebelum atau selepas solat fardhu.

SUBUH


*sebelum; 2rakaat.
bacaan selepas al-Fatihah rakaat pertama - al-Kafirun (melepaskan diri dr belenggu syirik).
bacaan selepas al-fatihah rakaat kedua - al-Ikhlas.
doa:


اللَّهَّ رَبَّ جِبْرِيلَ وَمِيكَائِيلَ وَإِسْرَافِيلَ وَرَبَّ مُحَمَّدٍ أَعُوذُ بِكَ مِنَ النَّارِ


"Ya Allah Tuhan Jibril, Mikail, Israfil dan Tuhan Muhammad, aku berlindung dengan-Mu drpd api neraka - 3 kali.



amalan: berbaring seketika selepas solat sunat sementara menunggu solat fardhu subuh adalah sunat & tidak disunatkan untuk berkata-kata ketika tempoh ini.



ZUHUR


sebelum; * 2 rakaat + 2 rakaat  (beri salam selepas 2 rakaat & bangun utk menunaikan lg 2 rakaat)


kelebihan:
dibuka pintu langit (tidak akan ditutup sehingga solat zuhur).
ditunaikan hajat.
pahala seolah-olah memerdekakan 10 hamba.
pahala sama seperti solat malam.
seperti kelebihan solat jemaah.

*selepas; 2 rakaat.

ASAR


sebelum; 2 rakaat + 2 rakaat (beri salam selepas 2 rakaat & bangun utk menunaikan lg 2 rakaat)

kelebihan: nescaya Allah mengharamkan badannya drpd api neraka.

MAGHRIB


*sebelum; 2 rakaat ringkas (tidak melakukan yang lebih drpd sekurang-kurangnya rukun solat, sunat-sunat & adab-adabnya)

*selepas; 2 rakaat

kelebihan: ini adalah sebaik-baik waktu untuk solat dan beribadah kerana inilah waktu manusia sering leka.
jika solat 6 rakaat (beri salam selepas 2 rakaat & bangun utk menunaikan lg 2 rakaat & seterusnya) - nescaya diampun baginya segala dosa-dosanya sekalipun seperti buih-buih di lautan.

ISYAK


sebelum; 2 rakaat

*selepas; 2 rakaat + 2 rakaat (beri salam selepas 2 rakaat & bangun utk menunaikan lg 2 rakaat)
bacaan selepas al-Fatihah pada rakaat pertama - al-Kafirun
bacaan selepas al-Fatihah pada rakaat kedua - al-Ikhlas

kebaikan: 4 rakaat = malam qadr


# yang bertanda * adalah sunat muakkad = amat digalakkan & dituntut.
# pilihan surah selepas al-Fatihah, amalan atau doa yang tidak dinyatakan di sini, boleh lah dilakukan seperti solat-solat yang biasa dilakukan.
# barang siapa yg beramal dgn amalan akhirat utk tujuan dunia, maka tiada baginya habuan di akhirat nanti - riwayat Ahmad
# paling disukai oleh Allah, melakukan amalan secara berterusan sekalipun sedikit.

rujukan: buku solat sunat pilihan - Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

ps: sebarang kesalahan atau kesilapan boleh lah dimaklumkan & akan diperbaiki~ marilah sama2 beramal :)

Wednesday, March 2, 2011

baju pengantin xsemestinya kebaya~

mengikut pemerhatian aku,
selalu aku nampak baju pengantin,
mesti kebaya.
memang cantik.
tapi xsemestinya kebaya je yg cantik dijadikan baju pengantin.
aku x mahu sentuh tentang dress pengantin ala barat.


sampai la satu hari ade classmate aku kat matrik kawen,
aku tengok gambar dia,
& aku sungguh tertarik dgn baju pengantinnya.
jubah.
tudung labuh.
simple.
xpenuh manik sgt (aku xsuke manik byk2~).
 

nampak sopan, ayu, & masih cantik+elegance kan?
mungkin jugak sebab model yg aku gunakan memang da cantik 


aku suka kan konsep simple but elegance~



nanti aku nak cari baju pengantin ala2 macam nie la~
macam la nak kawen dlm masa terdekat aku nie ;p

ps: model adalah classmate aku, kak alia, majlis perkahwinannya adalah pada Mei tahun lepas~
sumber gambar: zaharah

Tuesday, March 1, 2011

Secret Shy Boy

Secret nie salah satu kpop girl group.
lagu mereka banyak x menarik minat aku pun.
tapi baru2 nie aku terjumpa lagu diorang yang agak menarik.
comel sangat MV mereka.

Lagu nie bertajuk Shy Boy:

Group nie ada 4 orang:

dari kiri Song Ji Eun, Han Sun Hwa, Jun Hyo Sung(ketua) & Zinger
konsep "cute" nie bukan konsep diorang yang biasa.
& bile diorang wat MV nie mcm agak janggal,
nampak diorang x selese.
But i think they have put a lot of effort in it,
& this is their most popular MV.