Tuesday, March 8, 2011

Bahasa mencerminkan rupa~

 Komunikasi amat penting dalam kehidupan.
untuk berkomunikasi memerlukan bahasa.
& bahasa yang baik membawa kepada komunikasi berkesan.
komunikasi berkesan dapat menyelesaikan masalah dengan aman tanpa persengketaan.

1 page dibuka untuk memudahkan ahli menyuarakan pandangan.
sudah menunjukkan pihak admin mengambil berat untuk mendengar (membaca) aduan.
hak mereka kalau mereka taknak tubuhkan pun page tu.
tapi mereka tetap lakukan.
supaya semua ahli mudah menyuarakan pandangan.

tapi,
adakah ahli-ahli berterima kasih atas usaha admin?

tidak salah menyuarakan ketidakpuasan masing-masing.
tetapi kenapa tidak menggunakan bahasa yang elok?
rugi kah anda?
dibuatnya admin sakit hati sewaktu membaca ayat pertama anda,
lantas mengambil keputusan untuk tidak membaca terus pendapat anda?
ha.. di situ barulah anda rugi.

jika anda menyatakan ketidakpuasan hati anda dengan sopan santun,
bukan kah menyenangkan hati admin untuk mempertimbangkan pendapat anda.
hormati orang lain untuk dihormati.

bila ada suara-suara yang menegur bahasa anda,
ada pula suara-suara sumbang yang berkata:
"bila berbudi bahasa kite senang dipijak..org slalu amek kesempatan kat kite"
"jangan jadi terlalu skema"
"dunia politik luar pun bahasa xterjaga"

bak kata seorang ahli: "yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan"
betul kan?
kenapa kite perlu mencontohi yang buruk?
bukan kah kite telah nampak kesan-kesannye?

ahli-ahli page itu semuanya boleh dikatakan berintelektual.
mengapa menggunakan bahasa yang x mencerminkan pun intelektual itu?

maafkan aku jika entry ini menyebabkan ade orang sakit hati.

2 comments:

Siti Nur Fatimah binti Mohamad Ali said...

bhs org melaka kasar..tapi dgn geng2 rapat jek la..gan org baru kenal, insyaallah masih sopan..hehe

idea semulajadi said...

:)
maksud saya di sini bukan lah lenggok bahasa.
tapi ayat2 kasar yang memaki org~