SUBUH
*sebelum; 2rakaat.
bacaan selepas al-Fatihah rakaat pertama - al-Kafirun (melepaskan diri dr belenggu syirik).
bacaan selepas al-fatihah rakaat kedua - al-Ikhlas.
doa:
اللَّهَّ رَبَّ جِبْرِيلَ وَمِيكَائِيلَ وَإِسْرَافِيلَ وَرَبَّ مُحَمَّدٍ أَعُوذُ بِكَ مِنَ النَّارِ
"Ya Allah Tuhan Jibril, Mikail, Israfil dan Tuhan Muhammad, aku berlindung dengan-Mu drpd api neraka - 3 kali.
amalan: berbaring seketika selepas solat sunat sementara menunggu solat fardhu subuh adalah sunat & tidak disunatkan untuk berkata-kata ketika tempoh ini.
ZUHUR
sebelum; * 2 rakaat + 2 rakaat (beri salam selepas 2 rakaat & bangun utk menunaikan lg 2 rakaat)
kelebihan:
dibuka pintu langit (tidak akan ditutup sehingga solat zuhur).
ditunaikan hajat.
pahala seolah-olah memerdekakan 10 hamba.
pahala sama seperti solat malam.
seperti kelebihan solat jemaah.
*selepas; 2 rakaat.
ASAR
sebelum; 2 rakaat + 2 rakaat (beri salam selepas 2 rakaat & bangun utk menunaikan lg 2 rakaat)
kelebihan: nescaya Allah mengharamkan badannya drpd api neraka.
MAGHRIB
*sebelum; 2 rakaat ringkas (tidak melakukan yang lebih drpd sekurang-kurangnya rukun solat, sunat-sunat & adab-adabnya)
*selepas; 2 rakaat
kelebihan: ini adalah sebaik-baik waktu untuk solat dan beribadah kerana inilah waktu manusia sering leka.
jika solat 6 rakaat (beri salam selepas 2 rakaat & bangun utk menunaikan lg 2 rakaat & seterusnya) - nescaya diampun baginya segala dosa-dosanya sekalipun seperti buih-buih di lautan.
ISYAK
sebelum; 2 rakaat
*selepas; 2 rakaat + 2 rakaat (beri salam selepas 2 rakaat & bangun utk menunaikan lg 2 rakaat)
bacaan selepas al-Fatihah pada rakaat pertama - al-Kafirun
bacaan selepas al-Fatihah pada rakaat kedua - al-Ikhlas
kebaikan: 4 rakaat = malam qadr
# yang bertanda * adalah sunat muakkad = amat digalakkan & dituntut.
# pilihan surah selepas al-Fatihah, amalan atau doa yang tidak dinyatakan di sini, boleh lah dilakukan seperti solat-solat yang biasa dilakukan.
# barang siapa yg beramal dgn amalan akhirat utk tujuan dunia, maka tiada baginya habuan di akhirat nanti - riwayat Ahmad
# paling disukai oleh Allah, melakukan amalan secara berterusan sekalipun sedikit.
rujukan: buku solat sunat pilihan - Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
ps: sebarang kesalahan atau kesilapan boleh lah dimaklumkan & akan diperbaiki~ marilah sama2 beramal :)
1 comment:
huhu,.renung-renungkan dan selamat beramal..
Post a Comment