Thursday, March 10, 2011

kasut tumit tinggi - cantik tapi.....

Cinderella's glass slipper
majoriti perempuan suka kan kasut tinggi.
sape xsuke?
aku pun suka.
cantik.
elegance.
dan bila pakai kasut tumit tingi, otomatik keyakinan kita pun jadi tinggi kan?
lagi-lagi untuk orang rendah macam aku nie,
bila pakai kasut tumit tinggi,
perspektif aku pun jadi lain.
seronok!

xpayah jalan sebab da ade roda~~ weee~~
tapi sebenarnya kasut tumit tinggi ni membawa banyak keburukan.
kasut tinggi memberi tekanan yang lebih kepada kaki depan kita.
bahagian bawah badan kita akan mengunjur ke depan,
dan untuk mengimbangi badan kita,
bahagian atas akan ditolak kebelakang.
ini bukan lah postur badan semulajadi kita.

macam-macam fesyen ada sekarang~
paksaan untuk berada dalam postur begini dalam jangka masa yang lama,
akan menyebabkan kita sakit belakang.
dengan postur begini juga,
otot-otot pinggul dan kaki bekerja lebih keras untuk menggerakkan badan ke hadapan.
otot lutut juga menjadi lebih bengkok daripada asal dan perlu bekerja lebih.

keseimbangan badan tidak stabil dengan kasut tumit tinggi.
risiko untuk terseliuh tinggi kerana pergelangan kaki kita dalam kedudukan berbalik ke arah luar.


bentuk S adalah bentuk normal tulang belakang kita.
fungsinya adalah untuk menyerap hentakan ketika berjalan.
dan mengurangkan tekanan pada tulang belakang.
apabila memakai kasut tumit tinggi,
S itu telah diluruskan.
dengan ini  badan kita akan menunduk ke hadapan,
dan keupayaan semulajadi untuk bergerak kehadapan telah berkurangan,
dan badan kita akan memaksa diri untuk berjalan.
dangan alignment ini,
lama kelamaan akan mengakibatkan penggunaan otot terlebih,
dan sakit belakang.

menakutkan kan?
otot pinggul juga dipaksa untuk bekerja lebih keras.
lama kelamaan,
ini boleh mengakibatkan pengecutan otot.
jika ini berlaku,
tulang belakang akan didatarkan.

osteoarthritis berisiko 2x ganda untuk perempuan.
kasut tumit tinggi menyebabkan lutut berada lebih jauh daripada lantai,
dan menyebabkan tekanan yang tinggi dikenakan terhadap lutut.
ini membawa kepada osteothritis lutut.
otot betis juga turut dipendekkan,
dan mengurangkan kekuatan kaki untuk mendorong badan kehadapan.


tekanan yang berlebihan akan mengakibatkan Haglund's deformity (pump bump),
seperti gambar di bawah ini:

bagi penggemar kasut tinggi, cuba lihat kaki anda, da ada belum bonjolan nie?
kalau kita perhatikan kaki bayi,
kita akan mendapati jari mereka berjauhan.
bandingkan dengan jari kita yg gemar memakai kasut tumit tinggi,
jari-jari kaki kita seperti berhimpitan,
akibat sempit nya duduk dalam kasut tumit tinggi.

kasut tumit tinggi itu bahaya~
bukan lah bermakna kita tidak boleh memakai kasut tumit tinggi langsung.
tetapi sayangi lah kaki kita dengan memakai kasut-kasut yang lebih selesa.
kesian kaki kita yang selama nie menggalas bebanan seluruh badan kita.
kalau nak pakai jugak kasut tumit tinggi,
jangan selalu ok?
kalau da tahu nak keluar berjalan jauh & lama,
pakai lah kasut lain~


cantik kan yang pink tu? suke3!!!

sumber: http://foothealth.about.com/od/shoessocks/a/HighHeelsBad.htm

11 comments:

miemen said...

menakutkan kasut yg x rupa kasut tu...yg cucuk2 paku je kat tumit...haihh...ngeri!!!

idea semulajadi said...

hahaah~~ aku x rase ade pun kasut tu.
cuma nk gambarkan high heels nie bahaya~
bg aku yg menakutkan yg htam n merah tu. tinggi gler r~~
xnmpak rupa kasut da pun~

Qhazi said...

ader beli jugak tapi takde la tinggi sangat pun,.n tak tajam macam dlm gmbr ilham tunjuk tu hehe..

idea semulajadi said...

ilham pun xbrani la nk pkai smpai 3inch~~ mau terpeleot slalu~~
yg dlm gmbr nie rasenye lbh kot 3inch~

cik mici said...

ske jgk pakai kasut tumit tinggi,,,ikut mood lah...tp klu pakai wedges lg selesa kot....


bleh x nak keje masuk ward pakai heels atau wedges...hehe

Amna Shark said...

Lalala.. x terasa.. hehe.. kalo da pakai kasut tinggi, x best da pakai tapak rata. huhu...

Qhazi said...

akak mcm org dolu-dolu,..kasut sport or snikers jugak yang sedap..
lembut,selesa,...thn,..tak tepeleot kaki..hehe

Unknown said...

nsib bek aku xpkai high heels..huhu..;)

idea semulajadi said...

amna: jaga tulang ko 2~

♛ Kerani Sekolah ♛ said...

kasut tinggi ni aku pkai bile ada majlis, kenduri kawin ke,yg formal2, nak interview misalannya..memerlukan aku pkai dalam 2 3 jam je.kalao pkai dari pagi sampai malam, memg nye buat sakit. =,= kalo gi shopping , aku prefer yg flat shoes

Anonymous said...

perempuan mang nmpk seksi bila pakai heel...

tp kalo psgnnya pn xbrape nak tinggi kan, mang payah la dpt greenlight utk pkai heel.. watpe nk tinggi2 kalo psgnnya pndek kan..bahahaha.. =P

if rajin, bkak yahoo...